awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 wanita dakwa dirogol Bill Cosby tampil di muka depan majalah 'New York'

Syafique Shuib
Syafique Shuib
27/07/2015
10:19 MYT
35 wanita dakwa dirogol Bill Cosby tampil di muka depan majalah 'New York'
Muka hadapan majalah berkenaan turut menampilkan kerusi ke-36 untuk mewakili mangsa seterusnya untuk bersuara. - Gambar: Twitter/@NYMag
Muka depan majalah New York pada Ahad menampilkan 35 wanita yang dakwa dirogol oleh pelawak terkenal Bill Cosby.
Fokus utama majalah yang diterbitkan setiap dua minggu itu memberi tumpuan kepada kisah-kisah dakwaan mangsa.
Setakat ini, 46 mangsa telah tampil kehadapan, namun majalah New York hanya merakam gambar dan kisah 35 mangsa.
Muka hadapan majalah berkenaan turut menampilkan kerusi ke-36 untuk mewakili mangsa seterusnya untuk bersuara.
"Semua 35 telah ditemuramah secara berasingan, tetapi kisah-kisah mereka mempunyai persamaan yang luar biasa, dalam segala-galanya daripada huraian mereka terhadap insiden sehingga perasaan mereka susulan insiden itu,” tulis majalah itu.
Gambar muka depan majalah New York turut dikongsi di akaun Instagram milik penerbitan itu.
"Hari ini, cara kita berfikir dan bercakap tentang rogol telah berkembang, mewujudkan ruang yang lebih selamat untuk mangsa untuk bersuara dan menuntut kembali kisah mereka. Dan itu membawa kami di sini," tulis majalah itu di Instagram.
Dua rakaman audio pendek dari temubual bersama bekas model Playboy Victoria Valentino dan pelakon Louisa Moritz turut dimuat naik.
"Ia adalah lima minit yang paling lama yang pernah saya lalui. Saya begitu malu... malu untuk menjadi diri saya," kata Moritz dalam rakaman audio itu.
Selain Valentino dan Moritz, muka depan itu turut menampilkan model Beverly Johnson, Marcella Tate dan Janice Dickinson dan peguam Tamara Green.
Tamara Green, one of 35 women interviewed, on allegedly being assaulted by Bill Cosby: http://t.co/cPh2ugkhDh pic.twitter.com/12qQbpCz9a
— New York Magazine (@NYMag) July 27, 2015
"A woman can be not believed for 30 years? But it takes one man?" Listen on Instagram: http://t.co/QDdQfB0crd pic.twitter.com/j6IPxb0RFd
— New York Magazine (@NYMag) July 27, 2015
"I felt ashamed. I was embarrassed to be me." Listen on Instagram: http://t.co/y8zR8jXEuL pic.twitter.com/VNQySdNUoV
— New York Magazine (@NYMag) July 27, 2015
Sebelum ini, Agensi Media Associated Press mendedahkan Cosby mengakui memberikan dadah jenis quaaludes kepada wanita sebelum mencabul mereka.
Keterangan itu dibuat dalam kes saman sivil seorang wanita yang mendakwa dicabul Cosby pada 2005.
Topic Berkaitan
#Beverly Johnson
#Bill Cosby
#Janice Dickinson
#Marcella Tate
#New York
#Tamara Green
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan