ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Julai 2026.
1. RCI Tabung Haji: SPRM mula siasatan, 8 pegawai masuk bangunan TH
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke bangunan Tabung Haji susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja TH.
2. Speaker DUN Selangor dijangka buat pengesahan isu status seorang ADUN Isnin ini - Amirudin
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor dijangka membuat pengesahan berhubung dakwaan membabitkan status seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Isnin ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
3. Mayat tiga beranak ditemui dalam rumah di Bandar Baru Tambun
Polis mengesahkan menerima maklumat mengenai penemuan tiga beranak yang tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, dekat Ipoh, kira-kira jam 9.10 malam tadi.
4. Juruterbang didakwa seludup dadah di Indonesia, Malaysia Airlines beri kerjasama siasatan
Malaysia Airlines mengesahkan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Indonesia susulan penahanan seorang juruterbang syarikat penerbangan itu kerana disyaki terbabit dalam kes berkaitan dadah.
5. Kerugian RM10 bilion TH boleh tampung ratusan ribu golongan B40 tunai haji dalam tempoh lebih 20 tahun
Kerugian RM10 bilion yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah muassasah khususnya daripada golongan B40 menunaikan ibadah itu bagi tempoh lebih 20 tahun.
6. RCI Tabung Haji: Tiada bahagian disembunyikan, kerajaan dedah keseluruhan laporan - PM
Kerajaan memutuskan untuk mendedahkan keseluruhan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) secara telus tanpa memotong atau menyembunyikan mana-mana bahagian.
7. Mahkamah tangguh keputusan rayuan Majlis Peguam berhubung pengampunan Najib
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan Majlis Peguam terhadap Mahkamah Tinggi yang memutuskan menolak permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.
8. PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, 15,344 petugas SPR digerak Sabtu
Seramai 15,344 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digerakkan bagi mengendalikan proses pengundian di 401 pusat mengundi di seluruh Negeri Sembilan, yang melibatkan 859,760 pengundi berdaftar, Sabtu.
9. Riyadh Air mula penerbangan terus ke Kuala Lumpur, pintu masuk pertama ke Asia Tenggara
Riyadh Air melancarkan penerbangan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur, menjadikan ibu negara Malaysia itu sebagai pintu masuk pertamanya ke Asia Tenggara.
10. SPAN perkukuh kesiapsiagaan hadapi Super El Nino, pastikan bekalan air negara kekal terjamin
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi fenomena Super El Nino yang dijangka berlaku pada November, menerusi pemantauan berterusan terhadap empangan dan loji rawatan air (LRA) di seluruh negara bagi memastikan bekalan air kepada pengguna terus terjamin.