BINTANG Avengers, Robert Downey Jr membuatkan peminat semakin tidak sabar untuk menyaksikan filem Endgame apabila tanpa ragu-ragu menjanjikan lapan minit terakhir filem itu sebagai yang terbaik dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Pelakon yang memerankan watak Tony Stark dan Iron Man tidak mempunyai komen lain melainkan kata-kata pujian melambung untuk filem paling dinanti ramai itu.

"Lapan minit terakhir filem itu mungkin lapan minit terbaik dalam sejarah secara keseluruhannya, kerana ia membabitkan semua watak," kata Downey J kepada portal The Upcoming.

Komen itu menambah lagi rasa teruja apabila ramai yang berteka-teki sama ada "semua watak" yang disebut Downey Jr merujuk kepada watak daripada Infinity War akan dihidupkan kembali, atau hanya watak-watak sedia ada dalam Endgame?

Jawapannya hanya akan ditemui 24 April ini apabila filem itu mula ditayangkan di seluruh dunia.