PENYANYI rap Aaron Carter ditemui mati di kediamannya di California Selatan, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Polis menerima laporan sekitar jam 11 pagi berhubung situasi kecemasan di sebuah rumah di Lancaster di mana seorang lelaki ditemukan lemas di dalam tab mandi.

Kematian Aaron disahkan wakil keluarga mendiang namun tiada maklumat lanjut diberikan.

Aaron, 34, merupakan adik kepada Nick Carter dari kumpulan terkenal Backstreet Boys.

Mendiang pernah tampil membuat persembahan ketika konsert Backstreet Boys dan penyanyi pop Britney Spears.

Selain itu Aaron pernah muncul dalam siri realiti keluarga "House of Carters" yang disiarkan di E! Entertainment Television.

Aaron mula terkenal sebagai penyanyi pop pada akhir 1990-an, menerbitkan empat album studio bermula dengan album debut pada tahun 1997 ketika baru berusia 9 tahun.

Album pertamanya terjual lebih sejuta salinan, manakala album kedua "Aaron's Party" terjual lebih tiga kali ganda.

Album studio kelima dan terakhir Carter, "LOVE," diterbitkan pada 2018.

Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki bernama Prince.