Dengan Malcolm Young 'bercuti' dari band AC/DC kerana sakit, band yang berasal dari Australia ini tidak perlu bersusah payah untuk mencari pengganti.
Kembali pada tahun 1988, anak saudara Malcolm, Stevie Young mengisi tempatnya ketika siri jelajah 'Blow Up Your Video'. Kini, 25 tahun kemudian, Stevie Young mungkin kembali mengisi tempat bapa saudaranya sekali lagi.
Ultimate Classic Rock melaporkan peminat band tersebut yang mendakwa Stevie Young bersama AC/DC berada di Vancouver, Kanada. Anggota band tersebut kini berada di Vancouver untuk merakamkan album studi ke-16 mereka bersama penerbit, Brendan O' Brien.
Adakah perkara ini benar? Apakah Stevie Young berada di Vancouver untuk bersama AC/DC merakam album baru atau untuk sebab yang lain? Semua menjadi tanda tanya. Apa yang kita tahu, Malcolm Young tidak akan bersama AC/DC atas sebab kesihatan dan band tersebut telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini.
"Selepas empat puluh tahun hidup didedikasi untuk AC/DC, pengasas dan pemain gitar, Malcolm Young kini berehat dari band atas sebab kesihatan. Malcolm ingin merakamkan penghargaan kepada peminat tegar AC/DC di seluruh dunia, untuk sokongan dan cinta mereka yang tidak berkesudahan. AC/DC akan terus menghasilkan musik"
Dalam tahun 80-an Stevie Young adalah anggota band Starfighters, dan juga menganggotai band lain tahun-tahun berikutnya. Akhir-akhir ini Stevie Young menyertai trio blues yang dikenali sebagai Blue Murda.
Video pada tahun 1988, AC/DC bersama Stevie Young mempersembahkan ‘For Those About To Rock’.
Irwan Muhammad Zain
Tue May 06 2014
Band Rock AC/DC
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Rock or Burst' album pertama AC/DC tanpa Malcolm Young di pasaran 1 Disember
'Rock or Burst' merupakan album pertama tanpa kehadiran Malcolm Young dalam sejarah 41 tahun AC/DC.
AC/DC terus rakam album, Stevie Young mungkin ganti tempat Malcolm Young
Peminat band tersebut yang mendakwa Stevie Young bersama AC/DC berada di Vancouver, Kanada.
Riwayat AC/DC kemungkinan berakhir selepas 41 tahun
Perancangan untuk menerbitkan album baru dan siri konsert jelajah dunia sempena ulangtahun ke 40 juga tidak kesampaian.