awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adly kongsi figura Lego versi personaliti tempatan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
20/03/2014
05:07 MYT
Adly kongsi figura Lego versi personaliti tempatan
Watak Lego versi artis antarabangsa yang telah dibikin oleh Adly Syairi Ramly menjadi sebutan ramai hari ini.
Watak Lego versi artis antarabangsa yang dihasilkan antaranya The Ramones, The Beatles, Pearl Jam, Led Zappelin, Tupac, N’Sync, Michael Jackson dan ramai lagi.
Adly secara eksklusif turut berkongsi foto-foto artis tempatan dalam bentuk Lego dengan Astro AWANI.
Antara selebriti yang menjadi perhatian termasuk Yuna, Butterfingers, Awi Rafael, Altimet serta Ustaz Azhar Idrus.
Perekanya, Adly Syairi Ramly, 38 mula menyusun dan membuat karekter Lego mengikut artis kegemarannya secara suka-suka sejak 2011.
Kemudian, karekter-karekter tersebut dirakam dan dimuatnaik menggunakan iPhone 5 di laman Instagramnya di @adlysyairi
Lego
Lego
“Saya bermula dengan hobi, setiap malam saya akan susun koleksi Lego, ambil gambar dan muat naik di Instagram.
“Salah satu kumpulan antarabangsa yang saya buat dari Lego telah mendapat perhatian editor portal antarabangsa terkenal Highsnobiety.com” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Hari ini, hasil rekaan Adly mendapat liputan luas dan gambar-gambar koleksinya turut dimuatkan di beberapa laman web antarabangsa seperti Rolling Stone ( Itali dan Jerman), Spin Magazine, Entertainment Weekly, Complex.com, HuffingtonPost, NME Magazine, Mashable dan CNET.
Karekter-karekter yang direka Adly tidak terhad hanya kepada artis malah turut dibuat mengikut sketsa isu semasa.
Lego
Lego
Lego
Lego
“Saya akan ambil wajah orang Lego yang hampir sama dengan wajah artis yang ingin saya buat, dan mencamtumkan beberapa bahagian Lego seperti kepala, kaki dan badan mengikut karekter sebenar artis tersebut.
“Selain itu, teknik ‘super impose’ juga digunakan untuk menambah tudung pada Yuna dan tengkolok pada Loque” jelas Adly yang mempunyai lebih 700 koleksi Lego.
Lego
Lego
Adly Syairi Ramly bersama sebahagian koleksi Legonya
Adly merancang untuk mengadakan pameran koleksi Legonya di 17A Snackfood & The Off Day di Bangsar dalam bulan Ogos tahun ini.
Buat masa ini, Adly tidak berhasrat untuk menjual koleksi Legonya.
Boleh lihat galeri foto untuk gambar penuh koleksi Lego artis tempatan dan antarabangsa rekaan Adly Syairi Ramly.
Topic Berkaitan
#Adly Syairi Ramly
#artis tematan
#Lego
#Ustaz Azhar Idrus
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan