HIBURAN
AIM24: Dayang Nurfaizah syukur Belagu II dinobat Album Terbaik

Dayang menyifatkan kemenangan Belagu II di AIM24 sebagai penghormatan besar dalam kerjaya seninya. - Gempak
PENYANYI, Dayang Nurfaizah meluahkan rasa syukur selepas albumnya, Belagu II dinobatkan sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Ringkasan AI
- Dayang Nurfaizah bersyukur album Belagu II dinobatkan sebagai Album Terbaik AIM24, hasil kerjasama ramai pihak termasuk penerbit Aubrey Suwito.
- Dayang menyifatkan kemenangan ini sebagai penghormatan besar dalam kerjaya seninya, dan berterima kasih kepada semua yang terlibat.
- Album Belagu II diterbitkan pada 2023 dengan konsep tradisional, menampilkan lagu klasik seperti Nak Dara Rindu, Umpan Jinak Di Air Tenang, dan Ketipang Payung.
“Saya bersyukur sangat-sangat, rasa terharu dan saya ucapkan terima kasih kepada AIM dan semua yang menjayakan Belagu II terutamanya Aubrey Suwito.
“Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan saya untuk kali kedua. Alhamdulillah usaha kita membuahkan hasil. Kita berjaya,” katanya.
Dayang turut menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghormatan besar dalam perjalanan seninya.
“This is such a huge honour. Congratulations to everyone involved!” ujarnya.
Sekadar info, diterbitkan pada tahun 2023, album Belagu II menampilkan lagu-lagu klasik seperti Nak Dara Rindu, Umpan Jinak Di Air Tenang, Ketipang Payung, dan banyak lagi. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami