awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajar puasa, Akim minta Stacy bayangkan dirinya air jika dahaga

Gempak
Gempak
08/06/2016
01:15 MYT
Ajar puasa, Akim minta Stacy bayangkan dirinya air jika dahaga
Kata Akim kepada Stacy "anggaplah saya seperti air jika awak rasa dahaga berpuasa". - Foto Astro Gempak
RAMADAN tahun ini merupakan yang paling bermakna buat penyanyi popular Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, kerana kali pertama menjalani ibadah puasa. Lebih manis lagi, ini kali pertama isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini belajar bersahur dan bangun pagi untuk memasak. Bagaimanapun, Stacy mendapat sokongan moral daripada suaminya untuk berpuasa penuh dan menempuh dugaan sepanjang Ramadan. Antara kata sokongan Akim kepada Stacy ialah, “anggaplah saya seperti air jika awak rasa dahaga berpuasa”. Sungguhpun kata-kata itu kedengaran lucu, namun ia sangat bermakna kepada saudara baru seperti Stacy yang baru pertama kali menjalani ibadah puasa. Selain kata-kata semangat dan motivasi, Akim turut memberi latihan kepada Stacy supaya membiasakan diri menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan. Semua ini dapat disaksikan menerusi drama Lebaran Akim & Stacy yang bakal bersiaran bermula pada 8 Jun (Rabu) ini, jam 4 petang. Drama lima episod ini boleh disaksikan di laman web Astro Gempak (episod 1 & 2) dan aplikasi Capture Digi (episod 3 hingga 5). Muat turun aplikasi Capture secara percuma sekarang.
Topic Berkaitan
#Akim
#Ramadan
#Stacy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan