awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhirnya Miss Colombia bersuara tentang insiden pentas akhir Miss Universe

Syafique Shuib
Syafique Shuib
23/12/2015
14:44 MYT
Akhirnya Miss Colombia bersuara tentang insiden pentas akhir Miss Universe
Guttierez dalam akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan.
MISS Colombia Ariadna Guttierez akhirnya bersuara tentang insiden di pentas Miss Universe, dimana beliau memakai mahkota kemenangan untuk beberapa minit sebelum pengacara majlis akui membuat kesilapan.
Enggan melihat kebelakang susulan insiden yang boleh dianggap sebagai memalukan itu, Guttierez dalam akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sokongan.
“Saya bertuah untuk menerima sokongan bukan sahaja dari negara saya tetapi sokongan dari seluruh dunia.
“Nasib anda sudah tertulis dan inilah nasib saya. Saya dapat memberikan kegembiraan kepada negara saya ketika dimahkotakan sebagai Miss Universe untuk beberapa minit,” kongsi Guttierez.
BACA: Pentas Miss Universe kecoh kerana salah umum pemenang BACA: 'Saya akan umum kedua-dua ratu sebagai pemenang' - Trump BACA: 'Panas' di pentas Miss Universe: Ratu Filipina dipinggirkan peserta lain
Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemenang sebenar iaitu Miss Philippines Pia Alonzo Wurtzbach.
“Suatu hari nanti kita akan tahu apa hikmah disebalik insiden ini,” kata Guttierez lagi.
After the storm comes the calm. I want to thank each and everyone of you who have sent messages of support and strength. Every one of you has become an incredible human being in my book and I am the most fortunate and thankful for having the support not only from one country but from the whole entire world. Your destiny is written for you. And my destiny was this. I was able to bring happiness to my country after becoming Miss Universe for only a couple of minutes... Today because of that COLOMBIA and the LATIN COMMUNITY are being talked about in every corner of the world. I also want to congratulate the Philippines for their new Miss Universe . The happiness that you must be feeling must be incredible. Life continues and in the future we will find out why things happen the way they happen. Thank you all for your LOVE SUPPORT and KINDNESS.
A photo posted by Ariadna Gutierrez Arevalo (@gutierrezary) on
Dec 22, 2015 at 4:08pm PST
Setakat ini, perkongsian itu menerima lebih daripada 109,000 Likes dan 17,000 komen.
Pada Ahad (Isnin waktu Malaysia), pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan besar ketika mengumumkan nama pemenang pertandingan ratu cantik itu.
Steve telah tersilap mengumumkan nama Guttierez sebagai pemenang Miss Universe 2015, yang mana gelaran itu sepatutnya diberikan kepada peserta Wurtzbach.
Pengumuman itu diikuti dengan upacara memakaikan mahkota kepada pemenang yang salah itu.
Topic Berkaitan
#Ariadna Guttierez
#Miss Colombia
#Miss Philippines
#Miss Universe
#Pia Alonzo Wurtzbach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan