awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis demokrasi Hong Kong seru boikot filem 'Mulan' gara-gara tweet pelakon utama

Agensi
Agensi
06/09/2020
03:43 MYT
Aktivis demokrasi Hong Kong seru boikot filem 'Mulan' gara-gara tweet pelakon utama
Yifei (gambar) mengundang kemarahan apabila menyatakan sokongannya kepada polis Hong Kong. -YouTube @Disney
AKTIVIS demokrasi Hong Kong menyelar tindakan pelakon utama filem Disney "Mulan" yang secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada polis negara itu.
Susulan tindakan Liu Yifei yang disifatkan sebagai menyokong kekejaman pihak berkuasa, aktivis Hong Kong Joshua Wong menyeru orang ramai untuk memboikot filem lakonan aktres tersebut.
"Disebabkan Disney berkunjung ke Beijing dan kerana Liu Yifei secara terbuka dan bangga menyokong kekejaman polis di Hong Kong, saya mendesak semua orang yang mempercayai hak asasi manusia untuk #BoycottMulan," kata Joshua di akaun Twitter miliknya pada Jumaat
This film is released today. But because Disney kowtows to Beijing, and because Liu Yifei openly and proudly endorses police brutality in Hong Kong, I urge everyone who believes in human rights to #BoycottMulan. https://t.co/utmP1tIWNa
— Joshua Wong (@joshuawongcf) September 4, 2020
Terdahulu, Yifei dilaporkan telah berkongsi catatan di media sosial bulan Ogos 2019 berhubung sokongannya kepada Hong Kong.
"Saya menyokong polis Hong Kong. Anda semua boleh menyerang saya sekarang. Sungguh memalukan bagi Hong Kong," katanya dalam status berkenaan.
Tahun lalu, kejadian protes berlaku di bandar itu selepas Hong Kong kembali semula ke negara China di bawah kaedah 'satu negara, dua sistem' yang membenarkan kebebasan itu tidak dinikmati di tanah besar, seperti hak untuk membantah dan mempunyai sistem perundangan bebas.
Wong juga pernah ditahan oleh pihak berkuasa sekitar dua kali pada tahun lalu.
"Mulan" dilancarkan di platform penstriman Disney+ pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#Disney
#Hong Kong
#Media
#Mulan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan