awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Alhamdulillah' - Pelakon Hafeez Mikail kini suami Noor Azira

Gempak
Gempak
07/05/2023
07:00 MYT
'Alhamdulillah' - Pelakon Hafeez Mikail kini suami Noor Azira
Hafeez menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin kepada pihak pengantin perempuan. - Foto Gempak/Instagram Hafeez Mikail
PELAKON Hafeez Mikail mengucapkan rasa syukur selepas selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Noor Azira Azman.
Dengan sekali lafaz, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Changkat Telang, Hulu Langat, Selangor semalam.
Hafeez atau nama lengkapnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, 31, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin kepada pihak pengantin perempuan.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Hafeez kelihatan sebak dan mengalirkan air mata selepas akad dilafazkan.
View this post on Instagram
A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail)
Paling unik apabila pasangan ini memilih persalinan berkonsepkan Jawa dan jelas kelihatan wajah gembira mempelai.
Dalam hantaran berlainan, Hafeez juga turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.
“Alhamdulillah, saya dan isteri selamat diijabkabulkan pada 6/5/23. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu menjayakan majlis kami.
“Terima kasih juga kepada mereka yang hadir pada majlis kami, saya dan isteri ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan dari pihak kami sepanjang proses majlis dijalankan,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail)
Terdahulu, Hafeez dan Azira mengikat tali pertunangan di kediaman pihak wanita yang terletak di Beranang, Selangor pada 24 Disember 2022 selepas lebih setahun berkenalan. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Hafeez Mikail
#berkahwin
#bergelar suami
#Noor Azira Azman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan