KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, pada Khamis.
"Ini bukan keputusan yang boleh difikirkan dalam masa sehari, saya perlukan masa untuk sediakan keputusan yang besar," kata Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, semasa sebutan permohonan cerai Bella Astillah, 29, di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.
Semasa prosiding, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah selaku pemohon berkata, mahkamah telah menetapkan Mac lalu, untuk sebutan cerai secara 'fast track'.
Bagaimanapun, beliau berkata, Aliff sebagai defendan tidak dapat hadir kerana urusan kerja.
Beliau kemudiannya memohon kepada mahkamah supaya defendan menyatakan pendirian bagi permohonan anak guamnya.
Sementara itu, peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh yang mewakili Aliff berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan Bella untuk berpisah.
Susulan itu, beliau memohon tindakan lanjut daripada mahkamah dengan menetapkan tarikh baharu untuk prosiding berhubung lantikan jawatankuasa pendamai (JKP).
Hakim Syarie: Defendan, adakah benar apa yang dimaklumkan tadi?
Aliff: Benar, saya tidak setuju untuk melafazkan cerai.
Hakim Syarie: Apa alasannya?
Aliff: Ini bukan keputusan yang boleh difikirkan dalam masa sehari, saya perlukan masa untuk sediakan keputusan yang besar.
Hakim Syarie: Masih sayangkan keluarga ini?
Aliff: Ya, sayang.
Azmi kemudiannya memohon mahkamah menasihati Aliff supaya mempertimbangkan keputusan berkenaan dengan mengambil kira perbalahan hingga menjadi tarikan di media sosial.
Mendengar perkara itu, Abdul Hadi membantah dengan menyatakan saranan peguam plaintif sebagai suatu perkara yang tidak wajar.
Setelah mendengar permohonan daripada kedua-dua peguam syarie itu, Hakim Syarie sekali lagi bertanyakan pendirian Aliff sama ada bersetuju untuk melafazkan cerai atau sebaliknya.
Aliff mengulangi pendirian yang sama iaitu kekal tidak bersetuju untuk melafazkan cerai.
Mahkamah kemudian merekodkan kakak angkat Bella dikenali Roslinda, 44, sementara ibu Aliff, Siti Hafiza Basharahil sebagai wakil JKP masing-masing.
Prosiding sebutan bagi laporan JKP ditetapkan pada 4 Jun depan.
Aliff yang juga anak kelahiran Singapura mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pada 11 Mac lalu, Bella yang berasal dari Sabah, telah permohonan cerai secara 'fast track' daripada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan 'mawaddah' (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Perceraian ‘fast track’ merupakan satu proses yang mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan Seksyen 47 itu, tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes.
Ia selepas insiden tangkap berkhalwat membabitkan satu pasangan di sebuah kondominium mewah di ibu kota, yang kemudiannya disahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Jawi berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan penahanan pasangan artis berstatus suami orang dengan seorang pelakon wanita seperti dilaporkan media sejak awal pagi itu.
Bella hadir di mahkamah memakai jubah biru ditemani ahli keluarga sementara Alif berkemeja serta berkaca mata ditemani bersama ibunya.
Semasa ditemui di luar mahkamah, Bella berkata, dia sudah penat menghadapi kemelut rumah tangga ini.
“Saya memang tak sangka dengan keputusan Aliff (enggan lafaz cerai) kerana ingatkan semuanya akan selesai hari ini," katanya.
Sementara itu, Aliff berhasrat mahu menyelamatkan perkahwinannya demi kebajikan dua anak mereka.
“Saya nak ambil setiap peluang untuk memperbaiki perkara yang berlaku dalam perkahwinan ini, memandangkan masing-masing pernah membuat kesilapan,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 04 2024
Aliff dan Bella hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis, bagi kes sebutan permohonan cerai. - Foto Sinar Harian
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Aepul Roza akui tumpang publisiti, populariti libatkan kontroversi artis
Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang menggemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes.
Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.
Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak
Aliff berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
Aliff Aziz 'buka mulut’ isu ditangkap khalwat dengan Ruhainies
Enggan tuding jari pada Bella Astilah yang didakwa menjadi dalang, sebaliknya, anggap itu kesilapan sendiri.
"I’m sorry" - Aliff Aziz menangis teresak-esak mohon maaf pada Bella Astillah
Aliff Aziz akhirnya bersuara, mengaku salah dengan tindakan yang dilakukannya.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
'Kekasih Gelap' dakwa kecewa ditipu, akui Aliff Aziz 'pasang dua' ketika jalin hubungan istimewa dengannya
"Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan tapi itulah kenyataan..."
Ruhainies sambut Aidilfitri di Tanah Suci, mohon maaf pada semua
"Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri," pinta Ruhainies.
Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah
Masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.