awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah

Gempak
Gempak
04/04/2024
08:30 MYT
Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah
Aliff berkata dia mahu mengambil setiap peluang dan ruang untuk memperbaiki apa yang berlaku dalam perkahwinannya dengan Bella memandangkan masing-masing pernah membuat kesilapan. - Foto Gempak
MASIH sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Aliff berkata dia mahu mengambil setiap peluang dan ruang untuk memperbaiki apa yang berlaku dalam perkahwinannya dengan Bella memandangkan masing-masing pernah membuat kesilapan.
“Untuk beberapa minggu ini, saya rasa overwelming untuk saya dan semua yang terlibat. Saya ambil peluang ini untuk selamatkan rumah tangga, demi anak-anak… saya rindu anak-anak.
“Saya ambil langkah untuk gunakan setiap ruang dan peluang untuk saya cuba selamatkan rumah tangga kami.
“Saya ada banyak buat kesilapan, Bella pun ada buat silap. At the end of the day, ini bukan satu keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru tanpa memikirkan dalam segala hal.
“Saya juga berharap sangat, hal rumah tangga tak sepatutnya ada pengaruh dari luar,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Singapura ini memohon semua pihak memberi ruang agar segala prosiding yang akan dijalankan selepas ini berjalan seperti ditetapkan mahkamah.
“Saya minta jasa semua orang untuk beri ruang supaya prosedur ini berjalan seperti yang dirancang. Saya berterima kasih kepada pihak mahkamah kerana memberikan peluang untuk saya prosiding ini diteruskan.
“Saya mohon doa daripada semua untuk kami,” ujarnya.
Pada Khamis, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
Ketika Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanyakan kepada Aliff, penyanyi itu menyatakan dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan selain masih sayangkan Bella.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#enggan cerai
#khalwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan