awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Allah nak pelihara pasti terpelihara' - Ebit Lew tak kisah dihina manusia

Gempak
Gempak
24/10/2021
23:45 MYT
'Allah nak pelihara pasti terpelihara' - Ebit Lew tak kisah dihina manusia
Ebit Lew percaya hanya Allah sahaja yang berkuasa dan menentukan segalanya jika mahu dirinya terpelihara. -Foto Instagram Ebit Lew
DERMAWAN terkenal, Ebit Lew akui tidak kisah dengan hinaan daripada makhluk terutama manusia yang ingin menghancurkan dirinya.
Ebit Lew percaya hanya Allah sahaja yang berkuasa dan menentukan segalanya jika mahu dirinya terpelihara.
“Allah Maha Kuasa. Makhluk langsung tiada kuasa. Berkumpul segala kekuatan makhluk nak hancurkan, binasakan, menghina seseorang. Allah nak pelihara pasti terpelihara.
“Tiada yang berkuasa selain Allah. Tiada yang boleh beri hidup dan mati selain Allah. Tiada boleh beri kemuliaan atau kehinaan melainkan Allah. Laailaha ilallah,” katanya.
Pendakwah bebas itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini yang sama beliau memuat naik sedikit rakaman videonya ketika ini yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga.
Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.
Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.
Pada awal Oktober, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes sama.
Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
View this post on Instagram
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#gangguan seksual
#pendakwah
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan