Alyah bakal mengadakan sidang media bagi menjernihkan keadaan di antara dirinya dengan sebuah organisasi media.

Kontroversi tercetus apabila dia dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan akhbar dan berniat menggam syarikat penerbitan itu.

Akhbar itu melaporkan dia sedang menunggu lamaran konduktor muzik, Datuk Ramli MS.

Bagaimanapun, dia tidak mahu memanjangkan cerita dan menafikan tidak mahu memberi kerjasama kepada media itu lagi selepas ini.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati ini dia tidak kisah untuk berkongsi kebahagiannya bersama peminat apabila masanya sudah tiba.

Alyah bakal kembali ke studio untuk merakamkan single baru berjudul Cinta Tidak Akan Berakhir karya komposer Indonesia.