awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025

Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong

Gempak
Gempak
03/08/2023
10:55 MYT
Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong
Amelia turut menjelaskan dia tidak akan melakukan sesuatu perkara yang boleh memusnahkan karier seni yang sudah diusahakan setelah sekian lama. - Gempak
TIDAK dapat menahan air mata daripada mengalir, pelakon Amelia Henderson terkesan apabila dilabel keras kepala dan sombong rentetan tetap memperjuangkan isu pelanggaran kontrak syarikat produksi milik penerbit Datuk A. Aida.
Amelia turut menjelaskan dia tidak akan melakukan sesuatu perkara yang boleh memusnahkan karier seni yang sudah diusahakan setelah sekian lama.
“Ramai kata saya degil dan sombong… saya memang memilih untuk meneruskan situasi ini di mana saya tahu mungkin ramai yang tidak memilih. Untuk saya, saya sudah bekerja sejak kecil lagi.
“Apabila ada orang mempersoalkan karier saya, yang saya dah bekerja keras, seluruh hidup saya korbankan untuk karier ini, Sudah semestinya saya ambil berat mengenai kerjaya saya.
“Saya tidak mahu menghancurkan segala yang telah dibina selama ini.,” kata Amelia yang tidak dapat menahan air mata daripada mengalir.
Pelakon filem Pulau itu bagaimanapun enggan terlalu terkesan dengan konfliknya berlaku malah tetap optimis dengan rezeki yang datang daripada Tuhan walaupun reputasinya tercalar.
“Apabila saya fikir tentang rezeki akan datang, saya reda kerana rezeki bukan di tangan manusia tetapi semua terletak atas ketentuan Tuhan,” ujarnya lagi.
Pada Rabu, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan rayuan Amelia menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.
Sebelum ini, Amelia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi tersebut pada 7 April lalu.
Terdahulu, A. Aida mempersoalkan tindakan Amelia yang masih berkeras tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama.
Sebelum ini, Mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A. Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Amelia Henderson
#langgar kontrak
#A Aida
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.