GEMPAR seketika apabila Amir Raja Lawak dikatakan terlantar di sebuah hospital di Singapura akibat ‘stroke’.
Bagaimanapun ketika dihubungi Astro Gempak, Amir tidak terkejut dengan berita tersebut dan memberitahu dia masih sihat di Gombak serta tidak pernah ke Singapura dalam masa terdekat ini.
“Saya tahu mengenai berita itu pun selepas diviralkan di salah sebuah laman Facebook (FB). Itupun orang yang beritahu.
“Berita saya sakit dimuat naik pengarah Murali Abdullah kan? Tidak mengapalah...dia hanya salah faham..atau mungkin Murali nak panggil saya berlakon kot? Dah lama juga dia tak panggil saya ni,” katanya sempat bergurau.
Dalam pada itu, Amir memanjatkan rasa syukur kerana ramai pihak yang mendoakan kesihatannya sebaik sahaja khabar angin tersebut tersebar.
“Ramai yang telefon, Whatsapp dan hantar pesanan ringkas bertanyakan tentang saya selepas Murali memuat naik status tersebut di FB.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya,” ujarnya
Berita tersebut menjadi viral selepas pengarah Murali Abdullah memuat naik status (FB)nya, “Amir Raja Lawak, berada di Hospital Singapura akibat diserang sakit stroke. Moga dia selamat.”
Bagaimanapun tidak lama kemudian Murali memohon maaf di status FB, “Maaf sangat-sangat...yang masuk hospital bukan Amir Raja Lawak tetapi Amir Khan...bekas guru saya dan pengarah filem HVD..saya minta ampun sangat-sangat..yang sms saya Hairee, pelakon pendekar dulu...Maaf Amir Raja Lawak...abang konfuse tadi..”
Astro Gempak puji Murali kerana cepat membuat permohonan maaf selepas melakukan kesilapan. Kepada Amir Khan, Astro Gempak doakan semoga cepat sembuh.
Gempak
Thu Dec 24 2015
Berita tersebut menjadi viral selepas pengarah Murali Abdullah memuat naik status (FB)nya. - Foto Facebook
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
PRU14: Konvoi motor seru anak muda turun mengundi
Wakil pelajar UIAM anjur Konvoi Motor seru anak muda turun mengundi pada 9 Mei nanti.
'Jual air jagung suka-suka, tak sangka terjual 500 peket sehari'- Amir Raja Lawak
Pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak tidak menyangka perniagaan Air Jagung Amirreka yang diusahakan olehnya mendapat sambutan.
Markah penuh 5 bintang AF Megastar yang berjaya melangkah ke final!
Selepas beradu vokal dalam Konsert Homecoming dan berentap selama lima minggu di pentas AF Megastar, akhirnya hanya lima bintang yang bakal melangkah ke pusingan akhir minggu hadapan.
AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.
Amir bergelar Juara Akademi Fantasia 2016
Pelajar dari Selangor, Amir Syazwan Masdi, 20 tahun muncul sebagai juara Akademi Fantasia 2016 di Konsert Akhir AF2016.
Amir Raja Lawak tidak 'stroke', sihat di Gombak
Gempar seketika apabila Amir Raja Lawak dikatakan terlantar di sebuah hospital di Singapura akibat 'stroke'.
Gegar Vaganza 2: Amir Ukays rasa tak berbaloi tersingkir
Vokalis kumpulan Ukays, Amir terpaksa menamatkan persaingannya dalam pertandingan realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) pada minggu kelima yang bertemakan 'Hit Vaganza'.
Amir Ukays dibebaskan, akui pistol mainan untuk tembak cicak
Bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44 yang ditahan awal pagi Rabu kerana dipercayai memiliki senjata api dibebaskan dengan jaminan polis, pada jam 5 petang.