KUALA LUMPUR:Hati ayah mana yang tidak risau dan gundah apabila mendapat berita anak kesayangan disahkan positif COVID-19.
Itulah yang sedang dirasakan oleh aktor dan usahawan terkenal, Fizo Omar yang berkongsi berita duka itu pada Selasa.
Kata Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 35, anaknya, Wan Maryam yang berusia tiga tahun disahkan positif COVID-19, sejak 1 Januari lalu.
Turut disahkan positif pandemik itu ialah bekas isteri Fizo, Mawar Abdul Karim.
Artis kelahiran Kelantan itu berkata, Wan Maryam dan Mawar kini sedang menerima rawatan di hospital yang tidak didedahkan lokasinya.
“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya Wan Maryam dan bekas isteri saya, Mawar disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
“Syukur Alhamdulillah keadaan mereka stabil,” kata Fizo dalam hantaran di Instagram peribadinya pada Selasa.
Fizo juga memberitahu, keputusan ujian saringan COVID-19 yang diambilnya pada Isnin bagaimanapun, mengesahkan dia bebas daripada wabak berkenaan.
“Saya telahpun menjalani ujian calitan pada 2 Januari dan Alhamdulillah keputusannya adalah negatif,” katanya.
Astro Awani
Tue Jan 05 2021

Mawar Abdul Karim dan anaknya, Wan Maryam kini sedang dirawat di sebuah hospital selepas disahkan positif COVID-19. - Gambar Instagram MAWAR ABDUL KARIM

Pegawai, anggota polis ditahan sertai parti liar
Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Anak, bekas isteri Fizo Omar positif COVID-19
Kata Fizo Omar, anaknya, Wan Maryam yang berusia tiga tahun disahkan positif COVID-19, sejak 1 Januari lalu.

"Dah berapa hari asyik teringat" - Mawar Karim
Mawar Karim sanggup menjelajah ke Kelantan bagi melawat bayi berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham.

All Star Buka Panggung bukan sekadar hiburan semata-mata
Program ini bukan sahaja memberi hiburan kepada penonton malah ia juga memberi bantuan buat pelakon-pelakon yang pernah mewarnai industri satu ketika dahulu.

All Stars Buka Panggung cabar selebriti berlakon, melawak tanpa skrip
Pertandingan komedi pentas (stagecom) itu berkonsepkan realiti dan bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air.

Fizo Omar tunai haji, tiba di Jeddah semalam
Semoga dipermudahkan urusan, Fizo Omar.

"Jangan melampaulah!" - Teruk dikecam netizen, ini reaksi Fizo Omar
Netizen ni memandai-mandai!

Siapa 'Hasnah Jidin' di mata Fizo Omar?
Sebaknya...

"Ibu mana yang mahu anaknya bercerai?" - Tangisan duka ibu Fizo Omar
Ibu kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca perceraian anaknya dan Mawar Karim.

Doakan yang terbaik, ia satu permulaan bukannya pengakhiran - Fizo Omar
Demikian jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34 tahun, dalam perkongsiannya di akaun Instagram miliknya pada petang Rabu.

Fizo, Mawar bercerai talak satu
Pasangan Fizo Omar dan isterinya, Mawar bercerai dengan talak satu.