awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangunan Parlimen kini dilengkapi sistem CCTV canggih
JPJ Pulau Pinang kutip hasil RM190.55 juta tahun lepas
Konsensus Lima Perkara kekal panduan utama ASEAN tangani isu Myanmar - Menteri Luar Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih bos' - Ucap jurulatih JDT kepada Tunku Mahkota Ismail

Bernama
Bernama
14/12/2025
21:15 MYT
'Terima kasih bos' - Ucap jurulatih JDT kepada Tunku Mahkota Ismail
Pasukan JDT menjuarai Piala FA 2025-2026 selepas menewaskan Sabah FC 5-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Francisco Javier Munoz Llompart menyatakan penghargaan kepada pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Ismail, yang juga Pemangku Sultan Johor, atas sokongan tidak berbelah bahagi serta komitmen baginda terhadap pasukan, yang menurutnya antara faktor utama kejayaan kelab menjuarai Piala FA empat kali berturut-turut.
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bos kerana setiap hari memberikan yang terbaik untuk kami, mendorong kami bekerja dengan baik dan sentiasa melangkah ke hadapan. Selepas itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain.
"Kali terakhir kami berbincang, saya berasa bangga dengan mereka kerana bekerja keras setiap hari dan menunjukkan keunggulan dalam semua perlawanan," katanya kepada pemberita selepas JDT mengekalkan dominasi dalam saingan Piala FA 2025-2026 dengan menewaskan Sabah FC 5-0.
Sementara itu, ketua jurulatih Sabah FC Daniel Jean-Paul Desvaux De Marigny memuji pasukan yang terus berjuang walaupun beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah utama, Miguel Cifuentes, dilayangkan kad merah kerana melakukan kesalahan terhadap pemain JDT.
Ketika ditanya mengenai jaringan Ajdic Mujagic pada minit ke-26 yang dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana kedudukan offside, beliau menyifatkan keputusan itu "sangat pelik kerana pemain tersebut sebenarnya berada di hadapan pertahanan".
"Secara peribadi, saya tidak suka bercakap mengenai pengadil kerana ia tugas yang sukar. Tetapi dari sudut pandangan saya, kedua-dua keputusan itu agak pelik. Kami menjaringkan gol yang cantik dan gol itu diambil daripada kami, terutama pemain tertentu, membuatkan saya sedikit kecewa.
"Keputusan kedua pula sangat pelik kerana pemain itu sebenarnya berada di hadapan pertahanan. Bagi saya, ia sepatutnya kad kuning untuk pihak lawan, tetapi tidak berlaku demikian. Jadi, terpulanglah," katanya.
Walaupun menghadapi kekangan, Daniel menekankan beliau tidak perlu lagi memotivasikan pemainnya kerana prestasi mereka sudah mencerminkan komitmen dan semangat juang yang tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA
#JDT
#Francisco Javier Munoz
#tunku mahkota ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan