ANAK kepada penyanyi rap terkenal Eminem, Alaina Marie Scott dilaporkan telah berkahwin dengan lelaki pilihannya, Matt Moeller.

Adiknya Hailie Jade Mathers menjadi pengapitnya ketika upacara perkahwinan berlangsung.

Berita gembira itu dikongsi Scott sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

"9 Jun 2023 merupakan hari terbaik dalam hidup saya.

"Dalam hidup ini dan seterusnya, jiwa saya akan sentiasa bertemu awak," catatnya.
 
Scott turut memuat naik video ketika dia sedang bersiap sebelum upacara perkahwinan diadakan.

Upacara secara tertutup itu berlangsung di Detroit, Michigan, Amerika Syariakt (AS) dan hanya dihadiri 125 tetamu.

Scott and Moeller bertunang pada bulan Disember 2021.

Namun bapanya, Eminem, atau nama sebenarnya Marshall Bruce Mathers III, tidak dipaparkan dalam foto  atau video yang dimuat naik Scott.

Scott diambil sebagai anak angkat oleh Eminem selepas ibunya, Dawn Scott, meninggal dunia.

Dawn pula merupakan kakak kepada bekas isteri Eminem, Kim Scott.

Eminem mempunyai seorang lagi anak perempuan, Stevie Laine Scott yang merupakan anak kepada Kim bersama kekasihnya Eric Hartter.

Selepas Eminem dan Kim berkahwin semula pada tahun 2005, Eminem mengambil Stevie sebagai anak angkat.

Hartter pula dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 2019.