ANAK kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, Malaika, 14, dilihat gembira ketika dapat bertemu dengan bapanya selepas sesi sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Kegembiraan dua beranak itu dirakam menerusi gambar yang dikongsi di akaun Instagram milik Yasin.
Menerusi hantaran berkenaan, IG yang diuruskan oleh keluarganya itu memaklumkan laporan kimia sudah selesai dan sebutan kes akan berlangsung pada 6 Julai depan.
"Hari ini sebutan kes Yasin di mahkamah. Alhamdulillah laporan kimia sudah siap dan tarikh mahkamah yang seterusnya ialah pada 6 Julai, dua minggu dari hari ini (semalam).
"Rambut Yasin digunting oleh Barber Shop Hafis Kedah, rakan tahanan di Sg Buloh," tulis keterangan yang dikongsikan dalam kapsyen itu.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikut media sosial yang memberi pelbagai reaksi.
“Alhamdulilah terubat rindu anak dan bapa,” komen salah seorang pengikutnya.
“Sedihnya… I know you're strong,” luah salah seorang warga net.
Muhammad Yasin didakwa di Mahkamah Majistret, pada 31 Mac lalu, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Jun 23 2022

Malaika dilihat gembira ketika dapat bertemu dengan bapanya Yasin Sulaiman selepas sesi sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam. -Gempak

Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air
Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun disahkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.

Haji 2022 | Arab Saudi lengkap persiapan terima jemaah haji
Pasukan khas ketenteraan Arab Saudi melakukan persiapan keselamatam akhir bagi menerima jemaah haji tahun ini. Dijangkakan seramai lebih sejuta jemaah dari dalam dan luar negara akan tiba di Kota Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Kapal Karam | 12 mayat kru ditemukan
Ini pula perkembangan operasi menyelamat kapal karam di Laut China Selatan. Pihak berkuasa republik itu mengesahkan menemukan 12 mayat dalam operasi pada Isnin. Mangsa lemas ditemui kira-kira 50 batu nautika barat daya lokasi kapal itu karam iaitu kira-kira 296 kilometer barat daya Hong Kong.

Peningkatan BKM | Lagi banyak, lagi bagus
Susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi bayangan bahawa kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.... ...tinjauan di sekitar Kangar, Perlis mendapati rata-rata yang ditemui menyatakan sokongan penuh sekiranya apa-apa bantuan yang diberikan kerajaan ditambah khususnya dari segi nilai bantuan itu sendiri.

SPA | Tiada calon temuduga yang akan dipinggirkan
Suruhanraya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak akan meminggirkan mana-mana calon di kawasan luar bandar yang berdepan masalah terutama ketika proses temuduga secara maya dilaksanakan. Pengerusinya, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, pihak spa telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam memberikan pilihan dan fleksibiti kepada calon, khususnya mereka yang mengalami gangguan internet termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Lawatan Rasmi | Agong berkenan berangkat melawat MINDEF
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk berangkat ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi lawatan rasmi. Lawatan ini adalah julung kali dizahirkan Al-Sultan Abdullah sejak ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Persempadanan | 12 sektor negeri masih belum selesai isu persempadanan darat
Sebanyak 12 sektor membabitkan sebahagian besar negeri-negeri di semenanjung masih belum dapat menyelesaikan status persempadanan darat. Menurut Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, penentuan jajaran sempadan yang jelas antara negeri-negeri akan membolehkan aktiviti penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain pembahagian hasil-hasil sumber asli

Persempadanan | Selangor komited selesaikan isu persempadanan
Sementara itu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari menjelaskan proses perjanjian persempadanan dengan negeri-negeri lain akan terus dilaksanakan walaupun berdepan kesukaran. Ia termasuklah isu persempadanan membabitkan antara Selangor dan Kuala Lumpur yang sering menimbulkan isu dan perdebatan.

Rogol, Liwat Anak | Lelaki dihukum penjara 32 tahun, 22 sebatan
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol dan meliwat anak kandungnya. Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (C) kanun keseksaan ke atas tertuduh yang berusia 50 tahun.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Julai 2022.

Anak lepas rindu, jumpa Yasin Sulaiman di mahkamah
Kegembiraan dua beranak itu dirakam menerusi gambar yang dikongsi di akaun Instagram milik Yasin.

Pertuduhan tanam 17 pokok ganja terhadap Yasin kekal
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya pada Selasa petang.

Rakam guna panggilan telefon, Yasin dendang lagu 'Bebaskan Aku Dari Penjara' buat peminat
Lagu tersebut dirakamkan sekali lagi menerusi panggilan telefon untuk diperdengar dan dihayati oleh semua peminat yang merinduinya.

Bebaskan Aku karya terbaharu Yasin dari tirai besi
Lagu Bebaskan Aku seakan menggambarkan terjemahan suara hati Yasin.

'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.

Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar?
Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan.

Hadir sebutan kes Yasin, Syed Saddiq cadang pada kerajaan iktiraf kanabis sebagai penawar
Kerajaan harus mengiktiraf bahawa terdapat banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan.

'Tuhan lepaskan aku dari rantai ini..' - Yasin tulis lagu di Penjara Sungai Buloh
Penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan sebuah lagu baharu meskipun berada di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh.

#solidarityforyasinsulaiman: Keluarga lancar tabung bantuan, biaya kos guaman
Sebuah tabung telah dilancarkan oleh keluarga penyanyi, Yasin Sulaiman bagi mengutip sumbangan ramai bertujuan untuk membiayai kos guamannya.

Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin
Peguam Yasin Sulaiman, Yusmadi Yusoff mencukur rambut sebagai tanda solidariti kepada bekas penyanyi nasyid itu.