awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angelina Jolie bercadang mahu berhenti berlakon

AFP
AFP
20/11/2014
05:43 MYT
Angelina Jolie bercadang mahu berhenti berlakon
Jolie merasakan bahawa kerja sebagai pengarah filem adalah masa depannya. - Gambar fail
Pelakon kelas A Hollywood, Angelina Jolie berkata dia akan meninggalkan dunia lakonan selepas selesai projek beberapa buah filem dan kemudian akan memberi tumpuan kepada bidang pengarahan.
Jolie yang ditemui minggu ini ketika melintas karpet merah bersama suaminya, Brad Pitt, sempena tayangan perdana filem terbarunya yang mengangkat tema epik Perang Dunia Kedua, "Unbroken", yang menjalani penggambaran di Australia.
Filem tersebut adalah hasil kerjanya yang kedua di belakang kamera selepas kejayaan filem "In the Land of Blood and Honey" pada tahun 2011. Jolie merasakan bahawa kerja sebagai pengarah adalah masa depannya.
"Saya suka dan lebih gembira mengarah filem. Saya suka mengikuti sesebuah projek sehingga ke akhirnya. Saya juga gemar menghabiskan masa dua tahun dan belajar sesuatu mengenainya," ujar pelakon berusia 39 tahun itu.
Filem terbaharu Jolie diangkat daripada kisah sebenar mengenai Louis Zamperini, atlet Olimpik Amerika Syarika (AS) yang menjadi tahanan perang Jepun. Zamperini bertanding dalam kejohanan tersebut pada tahun 1936 di Berlin sebelum menjadi tentera pengebom dalam Perang Dunia Kedua.
Apabila pesawatnya terhempas di laut Pasifik Selatan, Zamperini telah hanyut selama 47 hari sebelum ditangkap oleh tentera Jepun di Kepulauan Marshall. Di kem tahanan, dia diseksa dan dipukul selama dua tahun sebelum akhirnya berjaya bebas.
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#pengarah
#Unbroken
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan