Skip to main content

Malaysia

Deepavali: Trafik di lebuh raya utama lancar, perlahan di PLUS dan KLK

Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini bersempena dengan sambutan Deepavali, namun pergerakan kenderaan perlahan di beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK). - Gambar fail/ Bernama
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini bersempena dengan sambutan Deepavali, namun pergerakan kenderaan perlahan di beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK). - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini bersempena dengan sambutan Deepavali, namun pergerakan kenderaan perlahan di beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, setakat 9.52 pagi ini, aliran trafik di PLUS arah selatan dari Nilai ke Bandar Ainsdale bergerak perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan manakala kesesakan sepanjang 3.1 kilometer dilaporkan berlaku di KLK arah timur dari Bentong ke Karak.

"Keadaan trafik di laluan Bentong ke Karak di KLK terjejas berikutan kemalangan yang menyebabkan lorong kanan terhalang dan kesesakan sejauh 3.1 kilometer," katanya ketika dihubungi. 

Advertisement

Beliau berkata, bersempena dengan musim perayaan, sebanyak 32 lorong pintar diaktifkan di lebuh raya utama di seluruh negara bagi memastikan kelancaran trafik.

LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan, sentiasa memberikan tumpuan ketika memandu serta mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.

Advertisement

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui hotline LLM 1800-88-7752 yang beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam, selain laman sesawang www.llm.gov.my dan saluran media sosial rasmi LLM.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement