awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy

Gempak
Gempak
08/12/2023
01:15 MYT
Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jika dilahirkan pada zaman ini, Angelina Jolie mengatakan dia tidak akan menjadi aktres kerana menyifatkan Hollywood sebagai sebuah dunia yang tidak sihat.
PESOHOR Angelina Jolie mengaku tidak pernah terpesona dengan glamor dunia Hollywood.
Jika dilahirkan pada zaman ini, Jolie mengatakan dia tidak akan menjadi aktres kerana menyifatkan Hollywood sebagai sebuah dunia yang tidak sihat.
“Saya tidak akan menjadi aktres hari ini. Dulu sewaktu saya bermula, saya tidak pernah terfikir perlu berkongsi terlalu banyak tentang peribadi hanya kerana diri dikenali,” katanya kepada WSJ Magazine.
Anak kepada pasangan pelakon Jon Voight dan Marcheline Bertrand ini kemudian berkata: “Oleh kerana saya telah lama hidup dalam dunia Hollywood saya tidak pernah teruja mengenainya.
“Hollywood adalah dunia paling tidak sihat. Jadi saya mencari sesuatu yang lebih asli.”
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.
“Badan saya stress. Kandungan gula dalam badan saya turun dan naik.
“Saya juga tiba-tiba diserang Bell’s Palsy enam bulan sebelum bercerai,” dedahnya.
Bell’s Palsy melibatkan kerosakan dalam saraf muka yang menjadikan satu sisi muka seseorang lemah. - Gempak
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#Hollywood
#Angelina Jolie cerai dengan Brad Pitt
#Hollywood dunia tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan