awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Backstreet Boys, Nick Carter sambut kelahiran anak kedua

Agensi
Agensi
05/10/2019
05:56 MYT
Anggota Backstreet Boys, Nick Carter sambut kelahiran anak kedua
Carter bersama isteri, Lauren, dan anak sulung mereka, Odin. - Instagram @nickcarter
ANGGOTA kumpulan pop antarabangsa, Backstreet Boys (BSB), Nick Carter, mengumumkan kelahiran anak keduanya, pada Khamis.
Dalam pengumuman menerusi Twitter itu, Nick, 39, bagaimanapun tidak memaklumkan nama bayi perempuannya itu.
Isteri Nick, Lauren, melahirkan bayi mereka itu pada Rabu lepas.
Pasangan itu sudahpun mempunyai seorang anak lelaki, Odin, yang kini berusia 3 tahun.
10-2-19 my wife and I received the most beautiful gift a Father and Mother could ever ask for. We are overjoyed to announce that we welcomed into our family and this world a healthy beautiful baby girl. She came back to us God is real!! #family #rainbowbaby #battleborn
— Nick Carter (@nickcarter) October 3, 2019
Berita gembira itu hadir ketika Nick menjadi sebutan susulan konflik dengan adiknya, Aaron.
Nick sebelum ini memfailkan perintah mahkamah terhadap Aaron untuk menghalang adiknya itu daripada mendekati isteri dan anaknya.
"Dengan kelakuan Aaron yang semakin membimbangkan dan pengakuannya baru-baru ini yang seolah-olah membayangkan mempunyai niat untuk membunuh isteri dan bayi kami, tiada pilihan lain selain mengambil semua langkah untuk melindungi diri kami.
"Kami menyayangi Aaron dan benar-benar berharap dia mendapatkan rawatan yang diperlukan," kata Nick menerusi satu kenyataan.
Aaron, yang mengalami masalah anxiety disorder, baru-baru ini mendedahkan dia telah mendapatkan rawatan daripada ahli psikiatri dan sudah menyerahkan senjata api dimilikinya kepada pihak berkuasa.
Aaron pernah dikenali sebagai bintang cilik popular di era 90an, pada masa yang sama ketika Nick menikmati populariti hebat bersama BSB.
Topic Berkaitan
#Aaron Carter
#anak
#Backstreet Boys
#bayi
#Nick Carter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan