awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Anugerah Kampung Boy' bakal angkat karya kartunis tempatan

Bernama
Bernama
20/12/2014
23:00 MYT
'Anugerah Kampung Boy' bakal angkat karya kartunis tempatan
LAT: Kewujudan anugerah itu nanti akan menjadi pendorong kepada kartunis tempatan untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu. - Foto Bernama
Majlis penyampaian 'Anugerah Kampung Boy', anugerah khas bagi mengiktiraf bakat kartunis tempatan bakal diadakan pada pertengahan tahun hadapan.
Exco Kelab Kartunis Malaysia (KKM) Ahmad Hilmy Abdullah berkata anugerah bagi menghargai dan menyokong karya seni kartunis di Malaysia itu adalah gabungan ilham ikon kartunis Malaysia Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat bersama kartunis-kartunis seluruh negara.
"Sekarang kita lihat banyak pembabitan kartunis dan animator yang semakin ramai mewarnai industri seni dan kini sudah tiba masanya kita menghargai peranan dan mengiktiraf sumbangan serta jasa para kartunis dalam membantu membangunkan perpaduan masyarakat melalui karya mereka," katanya selepas pelancaran Anugerah Kampung Boy pada Majlis Himpunan Kartunis 2014 di Subang Jaya di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai anugerah itu, Ahmad Hilmy berkata satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kartunis tempatan akan bermesyuarat pada awal tahun hadapan bagi menentukan pihak yang layak menjadi juri dan menilai calon-calon kartunis, pelukis komik serta animator.
Ditanya mengenai kriteria yang akan diletakkan dalam pemilihan calon anugerah tersebut, beliau berkata ia akan dinilai melalui pencapaian, sumbangan serta impak karya yang dihasilkan terhadap masyarakat Malaysia keseluruhannya.
"Apa yang penting dalam penilaian ini ialah penerapan mesej-mesej yang baik melalui karya mereka kepada rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Lat berkata kewujudan anugerah itu nanti akan menjadi pendorong kepada kartunis tempatan untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu sekali gus memartabatkan profesion kartunis.
"Anugerah ini adalah sebagai dorongan kepada kartunis baharu dan saya percaya melaluinya akan lebih ramai anak-anak muda akan mula melibatkan diri dan merancakkan lagi industri seni tanah air," katanya.
Beliau sebelum itu turut melancarkan komik 'Anthologykapalooza' hasil karya sekumpulan kartunis muda pada Majlis Himpunan Kartunis 2014 itu.
Topic Berkaitan
#Anugerah Kampung Boy
#Exco
#Exco Kelab Kartunis Malaysia (KKM) Ahmad Hilmy Abdullah
#kartunis
#Lat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan