Pelakon drama bersiri Mr Grey, Eyra Hazali mengakui lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan sebagai anak seni.
Menurut Eyra, 19, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa pada pelakon Fendy Bakry dan perkara itu membuatkan dirinya sentiasa mendekatkan diri pada Allah.
"Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut mengenai apa yang terjadi pada Fendy kerana saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.
"Dalam bidang seni ini kita perlu berhati-hati kerana tidak semua orang yang sukakan apa yang dilakukan oleh kita.
"Sebagai seorang Islam kita harus sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan memohon agar dijauhkan daripada anasir jahat.
"Saya akan selalu mengamalkan doa-doa yang sesuai setiap hari supaya diri saya sentiasa dilindungi dan dapat menghindarkan diri saya daripada perkara-perkara yang tidak elok," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: Fendy Bakry jatuh sakit tiba-tiba
BACA: Mr Grey semakin pulih
Eyra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Azura Couture Raya 2018 di Quill City Malla, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Drama bersiri Mr Grey lakonan Fendy bersama Eyra Hazali kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Gempak
Thu May 03 2018
Menurut Eyra, 19, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa pada pelakon Fendy Bakry dan perkara itu membuatkan dirinya sentiasa mendekatkan diri pada Allah. - Foto Instagram
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
"Tak tahu nak cakap macam mana tetapi sangat bersyukur" - Eyra Hazali sahkan hamil
Tahniah!
Tahniah... Eyra Hazali sah isteri Haziq Nadzli
Till jannah!
Bukan saya nak rahsiakan bertunang dengan penjaga gol negara, tetapi... - Eyra Hazali
Ini la sebab kenapa majlis pertunangan dirahsiakan..
"Jangan main-main dengan minyak dagu" - Eyra Hazali pernah kena sihir
Semoga pelaku yang mengamalkan amalan syirik ini segera bertaubat.
'Saya memang bercinta dengan Haziq Nadzli' - Eyra Hazali
Pelakon drama Mr. Grey, Eyra Hazali mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli.
"Mungkin ada yang kurang senang saya jadi heroin pada usia 19 tahun" - Eyra Hazali
Pelakon Eyra Hazali mengakui ada pihak yang kurang senang apabila dia memegang watak sebagai heroin dalam drama bersiri, Mr Grey.
"Apa yang jadi pada Mr Grey buat saya lebih berhati-hati" - Eyra Hazali
Pelakon drama bersiri Mr Grey, Eyra Hazali mengakui lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan sebagai anak seni.