awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM lancar Briged Seni Kreatif, pendekatan sokongan emosi - Fahmi

Asyraf Malik
Asyraf Malik
08/04/2025
11:22 MYT
APM lancar Briged Seni Kreatif, pendekatan sokongan emosi - Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata kerjasama sedang dijalin dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SUNGAI MERAB: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melancarkan Briged Seni Kreatif (CDA) bertujuan memperkasakan peranan golongan seni dalam pengurusan bencana dan situasi kecemasan.
Ia menerapkan konsep sukarelawan yang bukan sahaja membantu dalam situasi kecemasan, tetapi turut menyumbang melalui pendekatan seni yang menyentuh emosi kepada masyarakat.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pada masa ini, kerjasama sedang dijalin dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
“Kita mahu memastikan lebih ramai rakan dalam industri kreatif turut terlibat bersama APM, tidak kira ketika situasi bencana atau sebarang musibah lain yang melanda masyarakat.
“Public Service Announcement (PSA) juga akan disediakan oleh FINAS untuk menyampaikan maklumat kritikal dalam cara yang lebih menarik dan dekat di hati rakyat.
“Setakat ini 172 warga yang berkait dengan FINAS sudah didaftarkan sebagai ahli Briged Seni Kreatif.
“Menjelang tahun hadapan, diharap seramai 1,200 warga FINAS akan menyertai CDA,” katanya dalam Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73 pada Selasa.
Selain itu, penglibatan penggiat seni juga diharap dapat memberikan sokongan moral dan emosi, terutamanya kepada masyarakat yang terjejas oleh bencana serta anggota uniform yang terlibat dalam operasi.
Topic Berkaitan
#APM
#Briged Seni Kreatif
#sokongan emosi
#Fahmi Fadzil
#FINAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan