Drama krisis tebusan Iran 'Argo' memenangi hadiah filem drama terbaik di Majlis Anugerah “Skrin Actors Guild” (SAG) pada Ahad lalu menjadi rangsangan bagi prospeknya di Oscar bulan depan.

Daniel Day-Lewis memenangi pelakon terbaik bagi peranannya dalam filem arahan Steven Spielberg’s yang berjudul “Lincoln” sementara itu “Hunger Games” yang dibintangi Jennifer Lawrence menyandang anugerah pelakon wanita terbaik menerusi prestasi beliau dalam rancangan “Silver Lining Playbook”.

“Downtown Abbey” dan “Modern Family” juga dinobatkan sebagai pemenang bagi ketegori drama komedi terbaik.

Bagi Ben Affleck yang mengarah dan membintangi filem “Argo”, ini adalah hadiah kedua tertinggi baginya selepas filemnya memenangi beberapa pencalonan di majlis berprestij Anugerah Amerika baru-baru ini.

“Argo” membawa kejutan apabila memenangi gambar terbaik dan pengarahan terbaik untuk Affleck pada “Golden Globes” selain disenaraikan untuk tujuh pencalonan di Oscar yang dijadualkan bakal berlansung pada 25 Februari ini.

Filem ini mengisahkan misi CIA yang berani menyelamatkan enam diplomat AS yang telah mengambil perlindungan daripada kedutaan Kanada di Tehran semasa krisis tebusan pada 1979, antara tugasannya adalah mengeluarkan orang-orang ternama ini dengan selamat.

Kejayaan Lewis di anugerah SAG hanya akan meningkatkan peluangnya memenangi ketegori pelakon terbaik di Oscar manakala kejayaan Lawrence menambah kelebihan kepada status bintangnya yang diperoleh menerusi filem “Hunger Games”.

Berikut adalah senarai nama pemenang dalam kategori filem dan televisyen utama di SAG yang diedarkan pada hari Ahad di Los Angeles.

Filem

Gambar filem terbaik: “Argo” oleh Ben Affleck

Pelakon lelaki terbaik : Daniel Day-Lewis,“Lincoln”

Pelakon wanita terbaik: Jennifer Lawrence, “Silver Linings Playbook”

Pelakon sokongan lelaki terbaik: Tommy Lee Jones, “Lincoln”

Pelakon sokongan wanita terbaik: Anne Hathaway, “Les Miserables”

Rancangan bersiri televisyen

Drama bersiri: “Downtown Abbey”

Drama komedi: “Modern Family”

Pelakon lelaki drama bersiri: Bryan Cranston, “Breaking Bad”

Pelakon wanita drama bersiri: Claire Danes, “Homeland”

Pelakon lelaki drama komedi: Alec Baldwin, “30 Rock”

Pelakon wanita drama komedi: Tina Fey, “30 Rock”

Galeri gambar Anugerah SAG 2013.