awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artis Indonesia Vanessa Angel, suami maut nahas jalan raya

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2021
05:00 MYT
Artis Indonesia Vanessa Angel, suami maut nahas jalan raya
Keadaan kenderaan yang membawa Vanessa dan ahli keluarga selepas nahas di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis. -Foto Twitter @dprlois
JAKARTA: Artis terkenal Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya Febri Andriansyah meninggal dunia dalam nahas jalan raya tengah hari Khamis.
Nahas berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur, lapor CNN Indonesia.
Kejadian disahkan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Polis Jawa Timur, Gatot Repli Handoko.
Tiga lagi penumpang lain dilaporkan hanya mengalami kecederaan, termasuk anaknya Gala Sky Ardiansyah.
“Penumpang lima orang. Dua orang meninggal dunia dan tiga orang mengalami kecederaan.
"Penumpang orang yang meninggal dunia itu ialah Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah," kata Gatot Repli Handoko.
Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.
Tiga individu lain yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk rawatan.
"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Rumah Sakit Kertosono Nganjuk," katanya.
BACA: Artis kontroversi Vanessa Angel nikah senyap-senyap tanpa pengetahuan bapa?
BACA: Artis Indonesia Vanessa Angel dipenjara lima bulan, tawar seks RM24,000
Difahamkan Vanessa sempat memuat naik video ketika dalam perjalanan ke Surabaya bersama keluarganya itu di akaun Instagram Story beberapa jam sebelum kejadian.
Vanessa juga ada memuat naik video meraikan ulang tahun kelahiran adik iparnya, Fuji sehari sebelum itu.
View this post on Instagram
A post shared by Vanessa AngeL
Topic Berkaitan
#Vanessa Angel
#Febri Andriansyah
#nahas jalan raya
#Tol Jakarta-Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan