awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
MALAYSIA
Model pendidikan tinggi Malaysia jadi rujukan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Astro, MPL Malaysia rai e-sukan dan hiburan melalui 'Pentas Kebanggaan'

Amzar Alif
Amzar Alif
14/06/2025
12:45 MYT
Astro, MPL Malaysia rai e-sukan dan hiburan melalui 'Pentas Kebanggaan'
Astro dan MPL Malaysia kembali bergabung bagi menganjurkan Grand Final Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-15 untuk tahun kedua menerusi inisiatif 'Pentas Kebanggaan'. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Suasana penuh bertenaga menggamatkan Stadium Juara, Bukit Kiara apabila Astro dan MPL Malaysia kembali bergabung bagi menganjurkan Grand Final Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-15 untuk tahun kedua menerusi inisiatif 'Pentas Kebanggaan' yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Inisiatif itu bukan sekadar memfokuskan kepada kejohanan e-sukan, malah menggabungkan elemen hiburan, semangat komuniti serta ekspresi budaya anak muda Malaysia.
Turut menampilkan persembahan artis-artis tanah air, pratonton kandungan eksklusif Astro, dan pelbagai aktiviti interaktif yang menjadi daya tarikan utama pengunjung.
Menurut Ketua E-Sukan Malaysia MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin, kerjasama itu membuka peluang lebih besar untuk memperluaskan kefahaman masyarakat terhadap potensi industri e-sukan tanah air.
“Gamer ini bukan hanya minat permainan, mereka juga gemar muzik, sukan dan hiburan. Jadi kerjasama dengan Astro membolehkan kita penuhi kehendak itu dan pada masa sama mendekatkan e-sukan dengan masyarakat umum,” katanya.
xxx
Ribuan peminat membanjiri Stadium Juara untuk hari pertama bagi menyaksikan kejohanan e-sukan paling berprestij, MPL MY Musim ke-15 secara langsung. - Gambar Astro
Jelas beliau lagi, dua wakil terbaik dari MPL MY musim ini akan membawa nama negara ke Kejohanan Dunia E-Sukan (EWC) dan MSC 2025 di Riyadh.
“Harapan kami adalah untuk terus membanggakan nama Malaysia di pentas dunia. Siapa sahaja yang menggalas nama negara perlu kita sokong bersama,” ujarnya.
Acara turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis popular termasuk Trio Big Stage Alpha yang membuka pentas dengan lagu keramat Mentera Semerah Padi, sekali gus menandakan kemunculan pertama mereka di pentas nasional.
“Kami rasa sangat bangga dan teruja dapat diberi penghormatan membuat persembahan pembukaan di pentas sebesar ini,” kata Qarl G, mewakili kumpulan tersebut yang turut disertai Que dan Awienit.
Berkongsi pengalaman mereka, Awienit menambah bahawa kolaborasi seperti ini membuktikan bagaimana e-sukan boleh menjadi kerjaya dan platform yang menyatukan generasi muda.
“Bagi saya, e-sukan bukan sekadar permainan. Ia adalah satu industri yang mampu membentuk masa depan. Apabila muzik dan e-sukan bergabung, ia jadi lebih bererti,” ujarnya.
Sementara itu, Que sempat menitipkan pesanan buat rakan-rakan mereka yang kini berada di pentas akhir Big Stage Alpha.
“Selamat maju jaya, buat yang terbaik. Ini hanya permulaan perjalanan kalian.”
xxx
(Dari kiri) Trio Big Stage Alpha yang terdiri daripada Awinit, Que, dan Qarl G membuka tirai acara dengan persembahan bertenaga lagu ikonik ‘Semerah Padi’. - Gambar Astro
Para peminat dijemput hadir ke Stadium Juara, Bukit Kiara esok untuk menyaksikan Grand Final MPL MY musim ke-15 dan menikmati pelbagai persembahan eksklusif secara langsung.
Dalam pada itu, jangan lepaskan kemuncak pentas akhir Big Stage Alpha yang turut akan bersiaran esok secara eksklusif di Astro Ria dan strim secara langsung di Astro Go dan Sooka.
Topic Berkaitan
#Grand Final Mobile Legends Bang Bang Professional League
#Astro
#MPL MY
#Fikri Rizal Mahruddin
#Qarl G
#Que
#awienit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami