Romantika Raya, Aaron Zizan Raya Seram Sejuk, MeleTOP Raya, Rock Sangkut, Kini Trending Raya dan banyak lagi rancangan menarik yang bakal menghiasi raya pertama anda.

Program-program menarik ini bakal ditayangkan di 13 saluran terpilih Astro dan secara serentak di Maya HD.

Romantika Raya akan disiarkan mulai 28 Julai iaitu Isnin sehingga Sabtu pada pukul 12:30 tengah hari di saluran Maya HD (135).

Romantika Raya bakal menampilkan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aril AF dan isteri, Ruminah Sidek dan suami, Faizal Ismail (FBI) dan isteri, Sazzy Falak dan suami serta Marcell dan isteri.

Selain itu, rancangan Hari-Hari Hari Raya yang dihoskan oleh pengacara terkenal AC Mizal dan Nana AF akan disiarkan setiap hari bermula raya pertama pada pukul 12 tengah hari di saluran Maya HD.

Rancangan Aaron & Zizan Raya Seram Sejuk akan menemui anda pada pukul 1 petang di saluran Maya HD yang menampilkan Aaron Aziz dan Zizan Razak membuat pelbagai kejutan buat peminat mereka.

MeleTOP raya juga akan bersiaran pada raya pertama dengan membawakan konsert mini yang penuh santai dengan kehadiran beberapa artis seperti Hazama dan Alyah.

Rancangan lain di raya pertama:

9 pagi Astro PRIMA: Salam Syawal PRIMAdona – Pengacara Raja Azura, Erra Fazira dan Rozita Che Wan

10 pagi Maya HD: Telefilem Tolong aku Nak Puasa – Pelakon Farid Kamil, Faralyana Idris

10 pagi Astro PRIMA: Menceceh Kilauan Emas Aidilfitri 4 – Artis Arip, Ben, Zain

12 tengah hari Astro WARNA: Mujibur Mari – Lakonan Shahrol Shiro, Ilya Senario, Yasha Eliza

2 petang Maya HD: Telefilem Rock Sangkut arahan Mawi AF – Lakonan Hazama, Joey, Along Cham

5:30 petang Astro MUSTIKA HD: Perjalanan Anak Seni Hafiz & Friends – Artis Hafiz Shuip, Akim dan Hazama

8:15 malam Astro AWANI: Kini Trending Raya – Pengacara Ian Johan Ariff, Dzulfitri Yusop dan Norsiah Ramli