BARU sahaja mendirikan rumah tangga, pelakon, Atikah Suhaime mengakui dirinya berasa kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datin.
Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata, dirinya masih mengambil masa untuk membiasakan diri dengan gelaran tersebut dan hanya menggunakan panggilan Datin ketika bekerja.
“Mungkin Datin dari segi kerja, tapi dengan kawan-kawan saya suruh panggil Atikah sahaja. Tak payah nak Datin-Datin.
“Kalau contoh masuk pejabat fahamlah panggil Datin, tapi saya selesa dengan nama sendiri, peliklah bila orang panggil Datin,” katanya.
Dalam pada itu, Atikah berkongsi tidak tertekan dengan perihal berkaitan zuriat sebaliknya berasa gembira apabila ramai yang mendoakannya untuk menimang cahaya mata.
"Untuk seorang wanita mencapai kejayaan sememangnya untuk ada anak selain daripada bersuami.
“Saya gembira ramai orang nak benda tu dan dalam masa yang sama mereka mendoakan Atikah untuk dapatkan zuriat,” kongsinya kepada Gempak.
Sekadar info, Atikah Suhaime selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.
Majlis mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di ibu negara dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat sahaja. -Gempak
Gempak
Thu Jan 25 2024
Atikah ketika diijabkabulkan dengan Lokman Teh pada 21 Januari lalu. -Gempak
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Atikah Suhaime akui rasa janggal dipanggil 'Datin', selesa dipanggil nama
Atikah berkata dirinya masih mengambil masa untuk membiasakan diri dengan gelaran tersebut dan hanya menggunakan panggilan Datin ketika bekerja.