awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Avengers: Endgame bakal keluar dengan adegan tambahan?

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
20/06/2019
00:04 MYT
Avengers: Endgame bakal keluar dengan adegan tambahan?
Marvel dikhabarkan akan melancarkan versi terbaharu filem Avengers: Endgame pada hujung minggu depan - Gambar Facebook/Avengers
TIDAK disangkal lagi kehebatan filem Avengers: Endgame sememangnya meninggalkan kesan buat peminat-peminat filem adiwira Marvel.
Mana tidaknya filem ini merupakan satu penantian hampir sepuluh tahun buat peminat-peminat Marvel Cinematic Universe (MCU).
Terbaharu, Marvel dikhabarkan akan melancarkan versi terbaharu filem Avengers: Endgame.
Perkara tersebut telah disahkan oleh penerbit filem dan juga pengarah Marvel Studio, Kevin Feige.
Menurutnya, versi terbaharu akan mula dilancarkan minggu depan.
"Ya, kami akan lakukan itu. Saya tidak pasti ia sudah diumumkan atau belum dan berapa banyak, tapi ya kami akan lancarkan pada hujung minggu depan," katanya.
Menurut laporan media antarabangsa versi ini dikatakan akan memuatkan adegan-adegan yang tidak dimasukkan dalam versi yang pertama.
Dan, apa yang lebih penting akan ada beberapa kejutan semasa babak post credits.
Seperti mana yang kita tahu, filem Avengers terbaharu ini berjaya memecah rekod filem romantik,Titanic apabila berjaya melintasi kutipan filem tersebut untuk berada di tangga kedua filem pecah panggung dengan kutipan sebanyak USD 2.7 juta (RM11.2 juta) dan hampir memintas filem pecah panggung iaitu Avatar.
Adakah versi terbaharu ini akan menemui peminat-peminat di Malaysia? Sama-sama kita saksikan.
Topic Berkaitan
#Avatar
#Avengers
#Avengers Endgame
#Kevin Feige
#Marvel
#Marvel Cinematic Universe
#MCU
#Titanic
#Versi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan