awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ayah tak pernah ada masalah paru-paru berair" - Keadaan M Daud Kilau masih kritikal

Gempak
Gempak
08/09/2022
11:04 MYT
"Ayah tak pernah ada masalah paru-paru berair" - Keadaan M Daud Kilau masih kritikal
Zaini turut memaklumkan keadaan bapanya masih tidak berubah dan ahli keluarga masih menunggu perkembangan terbaharu daripada pihak doktor yang merawat. - Gempak
RAJA gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Teluk Intan (HTI) dengan menaiki ambulans sekitar pukul 12 tengah malam tadi selepas mengadu sesak nafas.
Menurut anak kepada M Daud Kilau iaitu Ahmad Zaini, bapanya yang mengalami sesak nafas sejak petang semalam disahkan mempunyai masalah paru-paru berair.
“Lebih kurang 5 petang semalam, ayah mengadu sesak nafas dan terus bawa ke klinik berdekatan. Pegawai perubatan itu suruh ayah pergi hospital sebab alami paru-paru berair.
“Tapi bila ayah call doktor, dia kata tak payah… hanya makan ubat saja sebab tak kritikal. Tapi dalam pukul 12 tengah malam itu, ayah diserang sesak nafas dan dikejarkan ke hospital terus.
“Ikutkan sebelum ini, ayah tak pernah pun ada masalah paru-paru berair,” kata Zaini ketika dihubungi Gempak.
Penyanyi lagu Cek Mek Molek itu pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Sementara itu, Zaini turut memaklumkan keadaan bapanya masih tidak berubah dan ahli keluarga masih menunggu perkembangan terbaharu daripada pihak doktor yang merawat.
“Malam tadi keadaan ayah memang agak kritikal. Air dalam badan dia terlalu banyak dan doktor dah keluarkan pagi ini. Keadaan beliau sekarang tak banyak berubah dari mula-mula sampai.
“Insya-Allah kami tengah tunggu doktor maklumkan macam mana keadaan beliau petang ini,” ujarnya. -- Gempak
Topic Berkaitan
#M Daud Kilau
#kini kritikal
#Ahmad Zaini
#paru-paru berair
#Cek Mek Molek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan