awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak kali dipelawa sertai Gegar Vaganza, Ruffedge beri peluang artis lain buat 'come back'

Gempak
Gempak
13/04/2022
01:57 MYT
Banyak kali dipelawa sertai Gegar Vaganza, Ruffedge beri peluang artis lain buat 'come back'
Ruffedge belum memerlukan platfrom tersebut memandangkan masih mempunyai kelompok peminat yang kuat. - Gambar GEMPAK
AKUI menerima tawaran untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza (GV) sejak dari musim pertama, kumpulan Ruffedge mahu peluang diberikan kepada penyanyi yang lebih layak.
Kata anggota kumpulan Ruffedge, Azan, mereka belum memerlukan platfrom tersebut memandangkan masih punyai kelompok peminat yang kuat sekiranya ingin membuat kemunculan semula.
"Memang dari awal lagi kami dapat tawaran untuk sertai GV. Tapi sebab kami tahu GV ini platform untuk artis yang tak tahu nak buat come back macam mana. GV inilah peluang untuk mereka.
"Alhamdulillah, kami masih boleh buat come back sebab ada sokongan peminat. Kami buat konsert pun, peminat tak ada masalah nak beli tiket. Jadi, buat apa kami nak rebut orang lain punya peluang.
"Lagipun GV ini pun banyak tolong untuk artis lama. Jadi memang sesuai untuk orang yang nak come back tapi tak tahu nak buat macam mana," ujarnya.
Azan ditemui ketika ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis dibawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Azan, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Cat Ruffedge, Chubb-E, Da Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.
Bagaimanapun, kata Azan, kumpulan Ruffedge terbuka untuk membuat persembahan di pentas GV sekiranya diundang.
"Beraksi seperti konsert khas GV ya, bertanding itu tidak.
"Kami faham GV akan menawarkan kumpulan yang mempunyai line-up anggota yang masih lengkap, jadi senang untuk tujuan pemasaran.
"Walau Amir tiada dengan Ruffedge, kami masih berlima berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain yang ada tinggal berdua atau bertiga sahaja.
"Pendirian kami belum lagi (untuk menerima tawaran GV), lagipun pertandingan ini stress secara mental," tambahnya.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#Ruffedge
#Gegar Vaganza
#platform Gegar Vaganza
#come back
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan