AYAH kepada penyanyi rap Noki-K Clique iaitu Aji Lee Ahsam, 66, dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Sipitang, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.
Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 28, dia pada awalnya bagaikan tidak percayai mengenai berita pemergian bapanya saat dimaklumkan oleh abang sulungnya melalui panggilan telefon pada Jumaat malam.
“Berita itu saya terima masa saya dekat gym, abang saya yang nombor satu telefon saya.
“Saya mulanya memang tak percaya pun, saya tanya dia berkali-kali, betul ke, betul ke? Jangan lah main saya kata kan.
“Letak panggilan telefon saya buat video call dekat group WhatsApp family. Abang saya tunjuk muka saya saya yang telah pergi.
“Arwah meninggal lebih kurang selepas waktu Maghrib di Sabah manakala saya dapat tahu berita itu lebih kurang jam sembilan malam,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu Noki turut memaklumkan berita pemergian bapanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam masa sama, Noki berkata bapanya sama sekali tidak mengalami sebarang penyakit kritikal melainkan masalah saraf sejak usia mudanya.
“Ayah saya tiada sebarang penyakit pun, tiada sakit jantung atau sebagainya tapi mungkin sudah tua.
“Cumanya dia daripada usia 30an sudah pakai tongkat, ada masalah penyakit yang telan muscle. Jadi waktunya banyak di atas katil sahaja. Makan minum kebanyakkan di katil sahaja. Kaki dia macam separuh lumpuh,” tambahnya.
Bagaimanapun kata Noki, dia berada sedikit ralat apabila tidak dapat bersama-sama ahli keluarga lain untuk memberi penghormatan terkahir kepada bapanya di tanah perkuburan disebabkan masalah tiket penerbangan.
“Saya masih dalam perjalanan dan tak sempat nak tengok ayah dikebumikan. Agak ralat dan sedih juga.
“Bukan saya tak usaha untuk cari tiket awal, saya dah usaha tapi yang ada tiket pagi tadi sahaja. Sudah ketentuan Allah,” tambahnya.
Difahamkan jenazah telah selamat dikebumikan tengah hari tadi di kampung halaman Allahyarham di daerah Sipitang, Sabah. -- Gempak
Gempak
Sat Dec 10 2022
Noki pada awalnya bagaikan tidak percayai mengenai berita pemergian bapanya saat dimaklumkan oleh abang sulungnya melalui panggilan telefon pada Jumaat malam.- Gempak
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bapa Noki K-Clique meninggal dunia, ralat tak dapat jumpa buat kali terakhir
Ayah kepada penyanyi rap Noki-K Clique iaitu Aji Lee Ahsam, 66, dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua.