awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas peserta America's Next Top Model dibebaskan dari penjara

Agensi
Agensi
04/08/2018
12:02 MYT
Bekas peserta America's Next Top Model dibebaskan dari penjara
Sejurus selesai menyertai ANTM, Renee dilaporkan mula 'berjinak-jinak' dengan pelbagai jenis dadah antaranya kokain dan metamfetamin. - Instagram @antm_angels
BAGI peminat rancangan realiti America’s Next Top Model (ANTM), pasti anda mengenali Renee Alway.
Renee, 32, bersama Natasha Galkina dan Jaslene Gonzalez merupakan trio finalis ANTM pada musim ke-8 yang menyaksikan Gonzalez merangkul gelaran juara.
Namun, perjalanan hidup Renee tidak seindah peserta lain yang mungkin berjaya menempa nama di kota fesyen mega seperti Paris, New York dan Milan.
Ini kerana Renee baru sahaja dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara lima tahun.
Sebelum ini, nasibnya berakhir dalam penjara paling teruk di California, Amerika Syarikat atas beberapa kesalahan antaranya penyalahgunaan dadah, kes pecah rumah, melakukan jenayah biarpun masih dalam tempoh ikat jamin dan banyak lagi.
Atas kesalahan jenayah yang dilakukan, dia ditahan oleh pihak polis pada Jun 2013 di Palm Springs, California.
Kini Renee secara rasmi dibebaskan dari pusat pemulihan Chino hujung minggu lalu kurang daripada separuh tempoh yang beliau sepatutnya dipenjarakan iaitu 12 tahun.
Sejurus selesai menyertai ANTM, Renee dilaporkan mula 'berjinak-jinak' dengan pelbagai jenis dadah antaranya kokain dan metamfetamin.
Renee juga dilaporkan pernah bekerja sebagai penari bogel bagi memperoleh pendapatan secara tetap.
Topic Berkaitan
#america's next top model
#Amerika Syarikat
#antm
#California
#jaslene gonzales
#Palm Springs
#renee alway
#tyra banks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan