ENTERTAINMENT
Biar dikecam, lagu 'gangguan minda' tetap jadi perhatian rakyat Malaysia

Lagu 'Bobo Di Mana?' mencatat kedudukan dalam kelompok tiga tertinggi. - Gambar fail
Carian muzik di enjin carian Google untuk tahun ini mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan.
Lagu-lagu yang dianggap sebagai ‘mengganggu minda’ menjadi antara yang terbanyak mendapat carian sepanjang tahun 2018.
Mana tidaknya, lagu seperti Baby Shark terbitan Pinkfong memang popular dalam kalangan kanak-kanak, tetapi bagi orang dewasa, lagu ini pasti melekat di benak pemikiran selepas kebanyakannya ‘terpaksa’ mendengar lagu ini secara berulang-ulang bagi memastikan anak atau anak saudara terhibur dan menari.
Mungkin juga, akibat daripada liriknya yang meniti di bibir, lagu ini mencatatkan carian paling tinggi untuk tahun ini.
Biarpun ia dikecam teruk netizen Malaysia, tetapi lagu ini tetap dicari mungkin kerana ramai yang nak tahu siapa penyanyinya dan bagaimana rupa videonya.
Mungkin juga ia dikaitkan dengan berita kisah percintaan Sufian Suhaimi yang putus di tengah jalan pada Februari 2018, tetapi lagu ini dikatakan sangat ‘kena’ dengan kisah cinta ramai anak muda Malaysia sehinggakan lagu ini mencatatkan carian keempat paling tinggi.
"Kenyataan akan lebih jujur dari penantian," katan Sufian Suhaimi.
Lagi Syantik dendangan penyanyi Indonesia, Siti Badriah turut jadi perhatian rakyat Malaysia tahun ini dikatakan kerana namanya yang unik serta lagu sangat moden dan sedap untuk didengar.
Lagu ini juga menjadi halwa telinga bagi kebanyakan aktiviti kecergasan seperti zumba dan aerobik.
Ada yang percaya bahawa lagu ciptaan Malique dan Dedeq ini merupakan ‘balasan’ kepada lagu Mambang oleh Altimet yang dikatakan dituju kepada Malique sebelum ini.
Namun, Ben Laden menyangkal dakwaan berkenaan dan baginya lagu Hikayat Ben Laden hanya mengisahkan kehidupannya serta suka duka sebagai anak seni.
Tahun ini, lagu Anta Permana ciptaan Hael Hussaini dan Ezra Kong tahun ini menjadi carian kesepuluh paling tinggi di Malaysia.
Anta Permana, membawa maksud tidak terkira atau infiniti dalam Bahasa Melayu klasik jadi perhatian selepas muzik videonya dikecam netizen memandangkan ramai yang mengatakan ia kurang sesuai dengan kualiti vokal yang ditunjukkan Datuk Siti.
Akan tetapi, lagu artis luar yang trending pula tak perlu dikecam tetapi mencatatkan carian tertinggi.
Mungkin kaedah sama boleh digunakan untuk tahun 2019? Kita belum tahu…

Senarai muzik trending 2018 oleh Google Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami