awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2023: Akui hilang fokus, Firdaus Rahmat sebenarnya nak...?

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/05/2023
07:45 MYT
Big Stage 2023: Akui hilang fokus, Firdaus Rahmat sebenarnya nak...?
Persembahan Firdaus berjaya meletakkan dia di tangga kesembilan dengan 64 markah keseluruhan daripada juri. - Foto Astro/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Peserta Big Stage musim kelima, Firdaus Rahmat mengakui tidak berpuas hati dengan persembahannya pada konsert minggu ketiga.
Menurut Firdaus, dia sebenarnya hilang fokus semasa menyanyikan lagu Diari Seorang lelaki kerana mahu pergi ke tandas untuk melepaskan “hajat kecil”.
“Saya tak puas hati, sebab saya rasa saya boleh buat yang lagi baik.
“Saya sebenarnya nak buang air tadi sebelum naik ke pentas, tapi mereka tak bagi, jadi saya harus tahan, apa-apa pun saya tetap buat yang terbaik cuma saya rasa sebenarnya saya boleh buat lagi baik dari tadi,” katanya ketika ditemui media.
Pada masa sama, Firdaus juga tidak percaya bahawa nama-nama besar seperti Andmesh Kamaleng dan Ernie Zakri menyatakan ingin datang dan membeli album jika Firdaus menghasilkannya nanti.
“Saya tak sangka, tapi saya ingin berterima kasih kepada mereka dan apa yang mereka komen itu saya terimanya dengan baik sekali.
“Apa-apa pun saya cuba jadi diri saya sendiri apabila membuat persembahan di pentas,” ujarnya.
Persembahan Firdaus berjaya meletakkan dia di tangga kesembilan dengan 64 markah keseluruhan daripada juri.
Untuk tema “Hari Jiwa Galau” Firdaus akan membawakan lagu Galau nyanyian asal Five Minutes.
Big Stage 2023 bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria.
Topic Berkaitan
#Big Stage 2023
#Firdaus Rahmat
#hilang fokus
#buang air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan