awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2023: Naufal Azrin gagal mara, Waode juara minggu ketiga

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/05/2023
04:29 MYT
Big Stage 2023: Naufal Azrin gagal mara, Waode juara minggu ketiga
Persembahan Naufal yang membawa lagu 'Only' gagal menambat hati juri sehingga meletakkannya di tangga tiga terbawah bersama Meer Nash dan Coex. - Foto Astro/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Walaupun sudah diselamatkan minggu lepas, namun peserta Big Stage, Naufal Azrin, gagal meneruskan perjalanannya dalam program hiburan itu.
Persembahan Naufal yang menyanyikan lagu Only nyanyian asal Lee Hi gagal menambat hati juri sehingga meletakkannya di tangga tiga terbawah bersama Meer Nash dan Coex.
Meskipun mendapat 62.33 markah, secara keseluruhan lebih tinggi daripada Meer Nash (57.33) dan Coex (58.33), namun Naufal harus akur kekalahannya kerana jumlah undian peminat.
Juri tetap, Ajai dan Aina Abdul, juga bersetuju dengan penyingkiran Naufal dan tidak mahu menggunakan Imuniti X untuk minggu ketiga.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Sementara itu, persembahan menawan Putera Mohammad yang menyanyikan lagu True Love nyanyian asal Dhany Katahati melayakkannya memenangi Dominasi Persembahan Terbaik.
Waode pula selesa berada di tangga pertama selepas memperoleh markah 90.67 secara keseluruhan.
Untuk minggu keempat, kesemua peserta akan membawakan lagu bertemakan "Hari Jiwa Galau".
Selain Ajai dan Aina, mereka ditemani dua juri jemputan iaitu Mierul Aiman (Presiden Netizen), dan Ernie Zakri.
Big Stage 2023 bersiaran secara langsung selama 10 minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria.
Topic Berkaitan
#Big Stage 2023
#Naufal Azrin
#Waode
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan