awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bimbang masa depan anak, Aamir Khan mohon bantuan media

Gempak
Gempak
09/04/2014
01:37 MYT
Bimbang masa depan anak, Aamir Khan mohon bantuan media
Junaid Khan (kanan) - Gambar AFP
Ibu bapa mana yang tidak mahu lihat anaknya berjaya.
Keutamaan mereka adalah untuk mendidik dan membentuk anak-anak sehingga mencapai kejayaan dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan.
Tidak terlepas aktor Bollywood Aamir Khan yang gelisah dengan masa depan anak lelakinya, Junaid yang kini berusia 21 tahun.
Aamir mengakui Junaid tidak pernah menunjukkan sebarang minat untuk berkongsi cerita apa yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Perkara ini diakui Aamir ketika menghadiri pelancaran filem Heropanti Jumaat minggu lalu.
“Saya tidak pernah paksa anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara. Namun sejak akhir-akhir ini saya mula bimbang tentang masa depan mereka. Terutamanya anak lelaki saya, Junaid. Dia tidak pernah berkongsi cerita tentang perancangan masa depannya.
“Saya mohon anda pihak media bantu untuk tanya Junaid apa yang ingin dicapai dalam kehidupannya dan beritahu saya selepas itu,” ujar Aamir Khan seperti dipetik portal Oneindia.
Namun mengakui dia sedikit lega selepas anak lelakinya itu kini menunjukkan minat dalam dunia perfileman selepas Junaid melibatkan diri sebagai pembantu pengarah untuk filem terbaru Aamir Khan, P.K. yang akan ditayangkan tidak lama lagi. -- Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Aamir Khan
#Bollywood
#Junaid Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan