AKTOR yang popular menerusi siri "Bridgerton", Rege-Jean Page dinobat sebagai lelaki paling kacak di dunia, menurut dapatan sains.
Menurut pakar bedah plastik British, Julian De Silva, pelakon berusia 34 tahun itu mempunyai bentuk simetri wajah yang paling tepat.
"Didapati (wajahnya) 93.65 peratus tepat kepada Nisbah Emas Yunani yang mengukur kesempurnaan fizikal," kata De Silva.
Sebelum ini, dapatan sains menyifatkan simetri muka sebagai penentu estetik kepada tahap 'wajah yang menyenangkan'.
Penyelidikan menunjukkan bahawa wajah yang cantik cenderung untuk menepati nisbah emas, yang mempunyai nilai malar 1.618, juga dikenali sebagai Phi, atau nombor Fibonacci.
De Silva berkata markah itu diperoleh melalui teknik pemetaan berkomputer yang dibangunkannya.
Di belakang Page ialah pelakon Australia, Chris Hemsworth dan pelakon Amerika, Michael B Jordan, yang masing-masing mencatat 93.53 peratus dan 93.46 peratus ketepatan kepada nisbah emas.
Penyanyi Britain, Harry Styles berada di tempat keempat dengan 92.30 peratus.
Pada Oktober 2022, De Silva menggunakan teknik pemetaan yang sama untuk menobatkan pelakon Britain, Jodie Comer sebagai wanita paling cantik di dunia dengan skor 94.52 peratus.
Pelakon Zendaya, supermodel Bella Hadid, dan bintang pop Beyonce juga menduduki empat kedudukan teratas.
Astro Awani
Sun Jan 29 2023
Simetri wajah Page 93.65 peratus tepat kepada Nisbah Emas Yunani yang mengukur kesempurnaan fizikal. -Instagram/Rege-Jean Page
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Bintang 'Bridgerton' Rege-Jean Page dinobat lelaki paling kacak menurut sains
Simetri wajah Page 93.65 peratus tepat kepada Nisbah Emas Yunani yang mengukur kesempurnaan fizikal.