INDUSTRI perfileman Thailand kehilangan salah seorang pelaku seni hebat mereka apabila aktor Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac 2024.
Kraibutr yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram fenomena, Nang Nak menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun.
Aktor tersebut meninggal dunia kerana kanser kulit yang jarang ditemui di Hospital Saimai di Bangkok selepas lima tahun bertarung dengan penyakit tersebut. Kematian Kraibutr diumumkan oleh isterinya,
Orachanya Kraibutr menerusi platform media sosial, lapor http://khaosodenglish.com.
Dia menjelaskan tahap kesihatan suaminya merosot sejak 15 Mac lalu sebelum mengalami sawan dua hari kemudian dan tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia.
Isteri aktor itu turut menceritakan perjalanan suaminya mendapatkan pelbagai rawatan untuk pulih termasuk menjalani perubatan secara tradisional dalam usahanya untuk pulih.
Selain terkenal dengan watak ikonik dalam Nang Nak pada tahun 1999, Kraibutr juga menembus populariti menerusi filem Bang Rajan yang dipasarkan setahun kemudian sehingga menjadikan dirinya antara bintang paling mahal bayaran di Thailand pada zaman tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Mar 26 2024
Tahap kesihatan Kraibutr merosot sejak 15 Mac lalu sebelum mengalami sawan dua hari kemudian dan tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia. - Foto Gempak
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Bintang filem seram Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia
Industri perfileman Thailand kehilangan salah seorang pelaku seni hebat mereka apabila aktor Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia.