awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blackpink kini artis No.1 dunia bagi jumlah pengikut di YouTube

Agensi
Agensi
10/09/2021
10:27 MYT
Blackpink kini artis No.1 dunia bagi jumlah pengikut di YouTube
Saluran YouTube Blackpink kini mempunyai pengikut seramai 65.4 juta, sekali gus menyingkirkan penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber. - Gambar fail
KUMPULAN sensasi k-pop terkenal, Blackpink kini menjadi artis nombor satu di dunia dari segi pengiraan jumlah pengikut di YouTube, menurut YG Entertainment pada Jumaat.
Saluran YouTube kuartet sensasi dari Korea Selatan itu kini mempunyai pengikut sekitar 65.4 juta, sekali gus menyingkirkan penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber.
“Ini sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Pencapaian luar biasa ini menjadi kenyataan dengan sokongan Blink (fandom Blackpink).
“Kami akan terus memainkan peranan sebagai artis yang sentiasa berkongsikan tenaga positif menerusi penulisan lagu dan muzik video kami,” kata YG yang memetik kenyataan anggota Blackpink.
Tambah YG Entertainment, Blackpink telah mencipta jutaan pengikut selepas setiap kali melancarkan lagu-lagu baharu, dengan satu lagi pelancaran album solo debut, Lisa yang menjadi faktor kepada pertambahan pengikut.
Rekod nombor satu itu muncul kira-kira lima tahun tiga bulan sejak akaun YouTube kumpulan itu dibuka pada 28 Jun 2016.
Untuk rekod, Blackpink yang dianggotai Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose mempunyai 29 muzik video di YouTube yang masing-masing mempunyai lebih dari 100 juta tontonan, dengan jumlah tontonan untuk semua video hampir mencapai 20 bilion.
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#K-pop
#YouTube
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan