Bob atau nama penuhnya, Yusrizan Yusof bakal dianugerahkan pingat Ahli Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri.

Bakal diterima pada Rabu ini dia mengakui terharu dengan pengiktirafan setinggi itu.

Anak kelahiran Limbang, Sarawak ini berkata selama ini dia bekerja kerana minat dan bukan mengharapkan penghargaan.

Selain Bob, penerima pingat Ahli Bintang Sarawak sebelum ini termasuk Zee Avi dan Hafiz.

Anugerah itu bakal disampaikan oleh tuan yang terutama yang dipertuan negeri Sarawak di astana negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching.

Walaupun jarang kelihatan di kaca televisyen, Bob sebenarnya masih aktif menyanyi.

Bintang Akademi Fantasia 2 ini giat mempromosikan single terbarunya berjudul Yang Bertakhta.

Yang Bertakhta menjadi buah tangan terbaru penyanyi berusia 31 tahun ini untuk peminat.

Selain itu, Bob juga dalam proses menyempurnakan satu lagi single berjudul 'Jangan Jangan' hasil ciptaan Audi Mok.

Pemilik nama Yusrizan Yusof ini bakal mengadakan persembahan dan beberapa siri jelajah bermula di Sarawak untuk promosi single ini.

Bob menjadi artis undangan karnival Astro Fiesta mesra belia 1Malaysia, Parlimen Petrajaya, Kuching.

Kira kira dua ribu penonton hadir pada konsert kemuncak yang menyaksikan persembahan daripada Leez, Edlin, Lan Kristal, Azlan And The Typewriter dan Sheeda.