Jika anda inginkan sesuatu yang luar dari ‘kebiasaan’ anda dijemput dengan orang yang anda kasihi untuk hadir bersama menonton teater Neo-Romantik arahan Aloy Paradoks di Stor Teater DBP Kuala Lumpur mulai Khamis ini.
Kisah cinta adalah antara premis drama yang digemari dan sudah banyak dikarang oleh pengarang drama sejak dahulu lagi.
Selain karya popular Shakespeare ‘Romeo dan Juliet’, kita juga pernah diperkenalkan dengan karya-karya lain seperti ‘Laila Majnun’ dan ‘Sam Pek Eng Tai’.
Kisah cinta adalah antara premis drama yang digemari dan sudah banyak dikarang oleh pengarang drama sejak dahulu lagi.
Selain karya popular Shakespeare ‘Romeo dan Juliet’, kita juga pernah diperkenalkan dengan karya-karya lain seperti ‘Laila Majnun’ dan ‘Sam Pek Eng Tai’.
Elemen cinta sentiasa ditambah dalam hampir semua karya dan karangan ramai penulis.
Sesuai dengan judulnya, ‘Neo’ yang membawa maksud baharu, memberikan gambaran bahawa kisah cinta yang mahu dipaparkan itu tidak seperti kisah cinta yang pernah ditulis pada zaman-zaman dahulu.
Neo-Romantik cuba memberikan gambaran sebenar atau cuba mentafsir semula pengertian "romantis". Bagaimana pemuda pemudi zaman ini tidak lagi seromantis dulu, malah mereka mempersoalkan sama ada cinta itu masih relevan atau tidak.
Dalam karya ini, pengarang lebih cenderung melukiskan imej-imej penuh perlambangan yang menuntut penonton membuat tafsiran sendiri. Penggunaan bangku panjang dalam teater ini penuh simbolik.
Kerusi yang menjadi tempat penyatuan dan menjadi rebutan juga lambang kuasa. Inilah yang terjadi pada Asyrah dan Najua.
Najua dan Asyraf pula merupakan pasangan selebriti yang akan sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Dan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang kesepuluh ini, pihak TV Sensasi melalui rancangan bual bicara terhangat “Neo-Romantik” menjemput mereka untuk menjadi pengacara bagi minggu tersebut.
Rancangan itu terbahagi kepada dua (2) segmen. Segmen yang pertama ialah mereka melakonkan kembali babak-babak percintaan awal antara mereka secara langsung (live) di hadapan kamera dan di hadapan penonton yang hadir.
Manakala segmen kedua pula ialah merupakan sesi soal jawab antara pengacara dan penonton yang hadir di studio. Dan lazimnya dalam sesi soal jawab ini, para penonton cenderung bertanya soalan yang panas-panas dan agak sensitif tentang hubungan mereka, hinggakan sampai satu keadaan ia mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi pihak pasangan selebriti tersebut. Dan mereka bagaimana pun tetap harus menjawab soalan tersebut.
Anda juga boleh berinteraksi dengan pelakon teater ini sewaktu pementasan dengan menyertakan #NeoRomantik menerusi akaun Twitter anda.
Teater ini akan berlangsung dari 14 ke 17 Februari 2013, dengan harga tiket RM25. Teater ini diterbitkan oleh Artful Creator & Paradoks Production dengan penerbitnya Ajami Hashim.