NAMA kumpulan Caliph Buskers semakin kurang diperkatakan, malah lagu terbaharu band itu, Hanya Mimpi kurang mendapat sambutan sepertimana lagu-lagu terdahulu.

Menjelaskan situasi berkenaan, vokalis Caliph Buskers, Azmi, akui menjadi lumrah turun naik populariti seseorang artis dalam industri hiburan.

“Saya rasa perkara itu adat dalam industri, ada lagu orang suka ada tak suka. Semuanya eksperimen dan sudah pasti kita nak buat yang terbaik.

“Bila kita tahu lagu begini orang kurang suka, kita boleh belajar, tak buat lagi,” katanya kepada Gempak.

Hiip Hiiiiip Hurrayyyy Happy Saturday...



Azmi yang ditemui pada majlis perasmian The Love at Matic, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui lagu terbaharu mereka Hanya Mimpi lambat panas.

“Hanya Mimpi lagu rancak dan ketengahkan semua anggota Caliph Buskers.

“Saya rasa mungkin tak semua orang boleh terima kami menyanyikan lagu rancak ataupun tema lagu itu terlalu ringan.

“Kita pun masih mencari apa punca, mungkin lagu selepas ini akan ada perubahan.

“Misalnya baru-baru ini cover lagu AJL, ramai pula yang mahukan lagu yang dinyanyikan semua anggota Caliph Buskers.

“Lagipun jarang ada band di Malaysia yang semua anggota boleh menyanyi. Mungkin lepas ini kamilah main alat muzik, kami juga yang menyanyi,” tambahnya.






Sementara itu, The Love at Matic memperkenalkan hidangan berkonsep bufet daripada semua negeri di Malaysia.

Kerutuk ayam, ikan patin masak tempoyak dan banyak lagi hidangan sepanjang tahun yang disediakan oleh The Love at Matic buat tetamu yang hadir.