awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cantik berpurdah, majlis resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir indah, penuh 'nuansa Islamik'

Gempak
Gempak
12/05/2025
06:30 MYT
Cantik berpurdah, majlis resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir indah, penuh 'nuansa Islamik'
Majlis menyambut menantu penyanyi Aisyah Aziz dan suaminya difahamkan berlangsung pada Ahad. - Gempak
MAJLIS menyambut menantu penyanyi Aisyah Aziz dan suaminya iaitu Dr Amir yang difahamkan berlangsung pada Ahad menarik perhatian netizen di laman sosial.

Ringkasan AI
  • Majlis menyambut menantu Aisyah Aziz dan Dr Amir berlangsung indah dengan alunan selawat dan bacaan ayat suci Al-Quran, menarik perhatian netizen.
  • Netizen mengulas solekan Aisyah dan dekorasi pelamin yang dikatakan hampir sama dengan Neelofa, termasuk taburan bunga putih yang menyerikan majlis.
  • Majlis turut dihadiri oleh Neelofa dan suaminya PU Riz, serta abang pengantin perempuan, penyanyi Aliff Aziz, dalam meraikan hari bahagia Aisyah dan Amir.

Alunan selawat dan ayat Al Quran
Menerusi perkongsian pengacara Fedtri Yahya di TikTok, majlis tersebut sangat indah dengan alunan selawat dan ayat suci Al-Quran dalam ruang dewan itu.
“Usai mengacarakan resepsi indah penuh nuansa Islamik. Resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir. Selawat Qasidah, dan bacaan ayat suci Al Quran menghiasi ruang dewan yang makmur,” kongsinya.
Rata-rata netizen di ruang komen teruja melihat video memperlihatkan suasana majlis selain turut mengatakan solekan Aisyah dan pelamin sama seperti birasnya, selebriti Neelofa.
“Pelamin dia pun hampir sama dengan Neelofa. Taburan bunga-bunga putih.
“Make up (solekan) dia ala-ala Neelofa la,” komen netizen.
Kelihatan Neelofa dan suaminya yang juga abang kepada pengantin lelaki iaitu PU Riz atau Haris Ismail turut menghadiri majlis tersebut.
Keluarga Aisyah termasuklah abangnya iaitu penyanyi Aliff Aziz juga dilihat hadir bagi menyempurnakan hari bahagia adiknya.
Untuk rekod, Aisyah berkahwin dengan abang kepada PU Riz di Singapura pada 11 April lalu. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Aisha Aziz
#majlis resepsi
#alunan Selawat
#Neelofa
#PU Riz
#Dr Amir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan