FILEM super hero terbaharu keluaran Studio Marvel, Captain Marvel berjaya mencatat kutipan tertinggi berjumlah AS$455 bilion (RM1.84 bilion) di seluruh dunia selepas hanya empat hari ditayangkan.

Di Amerika Syarikat pula filem itu telah meraih kutipan RM626 juta dan kutipan global sebanyak RM1.23 bilion melebihi kos pembikinan filem tersebut yang menelan belanja dianggarkan sebanyak RM621 juta.

Filem ini di pertontonkan di seluruh dunia minggu ini kecuali Jepun, berjaya menduduki tangga ke enam di peringkat global pada hari pertama tayangan dan mencatat kutipan kedua tertinggi pada hujung minggu bagi rangkaian filem adiwira Avengers.

Pelancaran filem itu di peringkat global merupakan 32 peratus lebih tinggi berbanding filem Black Panther.

BACA: Captain Marvel beraksi di pawagam, pengisian hiburan Hari Wanita

Menurut pengurus edaran Disney Marvel Cinematic Universe, Cathleen Taff kejayaan kutipan global ini adalah hasil dari peminat setia Marvel yang tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem tersebut.

Captain Marvel merupakan filem superhero wanita pertama oleh Marvel Studios dengan sentuhan pengarah tersohor Anna Boden dan Ryan Fleck yang ditayangkan pada 8 Mac 2019 menampilkan Brie Larson sebagai peneraju utama.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita perkasa dengan kuasa luar biasa, Carol Danvers, mengetuai barisan hadapan dalam petempuran galaksi sebelum Danvers ke bumi apabila galaksi itu diserang secara tiba-tiba..

Ketika itulah Danvers bertemu dengan penyiasat Nick Fury yang mengingatkan beliau tentang masa lampau yang telah dilupakannya.